DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, August 10, 2024

PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN KESELAMATAN MOBILITI VIA 2024 #DELIMaKPM


Assalamualaikumm...hi semua.
Bulan Kemerdekaan datang lagi.
Jadi LinnZack kongsikan aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi memperkasakan Portal DELIMa KPM.
Pertandingan Bulan Kemerdekaan Keselamatan Mobiliti VIA 2024
Bermatlamat untuk memupuk kesedaran dan mendidik penggunaan jalan raya yang selamat melalui kaedah pembelajaran interaktif dalam kalangan murid sekolah sempena menyambut bulan kemerdekaan.
Tarikh kempen: 10 Ogos - 5 September 2024
Murid mulakan pembelajaran VIA dan lengkap semua kuiz dalam tempoh kempen (12/8/2024 - 30/9/2024).
Berikut paparan DELIMa murid.
Moga bermanfaat













https://www.facebook.com/share/p/vN4QuxRADihwonJV/


Monday, August 5, 2024

TEKNIK ASAS PENULISAN (KIT TAB) - CADANGAN AKTIVITI PDP BAHASA MELAYU

 































UNTUK NASKAH PENUH SILA KLIL LINK DI BAWAH

Monday, March 4, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : MERCU KEBANGGAAN KITA | MENULIS| HALAMAN 130

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH

Standard Kandungan : 

3.3 Menghasilkan penulisan

Standard Pembelajaran:

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca , penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan dengan betul sekurang-kurangnya tiga belas daripada enam belas kesalahan ejaan, tanda baca dalam teks.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat teks.
  2. Murid mengenal pasti 16 kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
  3. Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.
Aktiviti
  1. Murid menyatakan binaan yang berteknologi tinggi di Malaysia.
  2. Murid membaca dan meneliti buku teks. (Buku Teks ms. 130)
  3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan pada perenggan pertama dan kedua teks.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam perenggan tiga dan empat dan mencatatnya dalam kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid mengenal pasti ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam pernggan lima hingga tujujh.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalam buku tulis.
  7. Murid dan rakan mereka menyemak tugasan semasa guru membaca teks dan mengedit kesalahan.



klik gambar untuk maklumat lanjut


Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH | MEMBACA| HALAMAN 128 & 129

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH

Standard Kandungan : 

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.

Standard Pembelajaran:

2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat dua perenggan teks dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat dua perenggan teks.
  2. Murid melengkapkan tiga maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
  3. Murid membuat keputusan teknologi imbasan pilihan mereka.
Aktiviti
  1. Murid membaca senyap dan meneliti petikan. (Buku Teks 128 & 129)0
  2. Murid membaca kuat rencana berkaitan teknologi imbasan wajah. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan teks.
  3. Murid bersoal jawab berkaitan teknologi imbasan wajah untuk mendapatkan maklumat.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid membuat pertimbangan dan keputusan.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan A mahu teknologi imbasan cap jari dan kumpulan B mahu teknologi imbasan wajah.
  7. Murid menyatakan alasan atas pilihan mereka.


CADANGAN JAWAPAN

Imbasan melalui mata membolehkan mesin membaca 30 titik sudut mata mereka dan data 
disimpan. Seterusnya, data akan dikemas kini ke dalam sistem kehadiran.

Mesin Imbas wajah merekodkan maklumat masa, kehadiran dengan tepat dan cepat dan
tidak menimbulkan masalah bacaan data murid.

Teknologi imbasan wajah juga dapat mengawal masalah didiplin kerana sistem imbas
wajah dihubungkan dengan Aplikasi Pepatih MySekolah bagi mengawal disiplin murid dan
aplikasi ini dapat dilihat oleh ibu bapa serta penjaga.
Azim : Abang ingin berkongsi maklumat tentang kelebihan teknologi imbasan wajah.
            Teknologi ini dapat membantu urusan merekod kehadiran murid serta kakitangan 
            sekolah dengan tepat dan pantas. Sistem rekod ini mengelakkan penipuan 
            daripada berlaku kerana teknologi ini dihubungkan terus dengan Aplikasi Pepatih 
            MySekolah, iaitu aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga boleh melihat
            dan memantau disiplin termasuk kehadiran anak-anak ke sekolah.
Azim : Teknologi imbasan wajah dapat mengatasi masalah disiplin seperti ketidakhadiran 
            murid kerana ibu bapa juga dapat memantau kehadiran dan disiplin anak-anak dari
            rumah. Dengan kerjasama dan sokongan ibu bapa, disiplin murid sekolah dapat 
            dikawal agar murid-murid sentiasa cemerlang.



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : RAKAMAN DARI UDARA | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 127

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : RAKAMAN DARI UDARA 

Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita ddan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita sekurang-kurangnya tiga daripada empat peranan dron berdasarkan gambar dengan sebutan dan intonasi dan gaya yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maklumat tentang peranan dron.
  2. Murid bercerita empat peranan dron berdasarkan gambar.

Aktiviti
  1. Murid menonton video dron.
  2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dalam teks.
  3. Setiap kegunaan dron ditampal pada empat sudut dalam kelas.Murid membuat jelajah galeri membaca dan mencatat maklumat berkaitan.
  4. Murid dibimbing bercerita tentang dron.
  5. Murid bercerita tentang kegunaan dron berdasarkan maklumat yang dibaca dan dicatat.
  6. Murid mencatat kegunaan dron dalam peta pokok dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara. 

            Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.

            Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.            

              Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA | TATABAHASA | HALAMAN 114

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA 

Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.

iii. kata ganda berentak

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

i. menyertai sembilan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks dengan betul.

ii. membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak diberi dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami kata ganda berentak.
  2. Murid menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks.
  3. Murid membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.

Aktiviti

  1. Murid mengenali tokoh-tokoh pelumba basikal negara. (gambar)
  2. Murid membaca senyap dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 114)
  3. Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
  4. Murid diberi penjelasan tentang kata ganda berentak.
  5. Murid dalam kumpulan menyenaraikan kata berentak yang terdapat dalam teks dalam peta buih.
  6. Membentangkan tugasan.
  7. Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
  8. Murid menulis kata ganda berentak lain mengikut jenis. (Lembaran kerja)

CADANGAN JAWAPAN
Kata ganda berentak

- keluh-kesah                 - gunung-ganang
- gopoh-gapah               - saudara-mara
- tindak-tanduk             - berulang-alik
- bukit-bukau                - selok-belok
- warna-warni

Bina Ayat :
1. Amin dan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara mereka.
2. Tindak-tanduk lelaki itu amat mencurigai sekali.
3. Ahmad terpaksa berulang-alik dari hospital untuk mejaga ibunya yang sakit.
4. Pak Dolah tahu akan selok-belok jalan di kampungnya.
5. Keindahan gunung-ganang sepanjang perjalanan kami begitu terpesona sekali.
6. Bukit-bukau itu telah diterokai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

klik gambar untuk maklumat lanjut



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGANEGARA SEJAHTERA | SENI BAHASA | HALAMAN 113

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WARGANEGARA SEJAHTERA

Standard Kandungan

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

Standard Pembelajaran:

4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi yang sesuai dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua rangkap lirik lagu secara berpandu dengan diksi yang sesuai dan menyanyikan mengikut kumpulan dengan gaya yang kreatif.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid mengubah suai dua rangkap lirik lagu.
  2. Murid mempersembahkan nyanyian mengikut kumpulan dengan gaya tersendiri.

Aktiviti

  1. Murid menonton video lagu 'Sejahtera Malaysis'.
  2. Murid membaca dan meneliti lirik lagu 'Sejahtera Malaysia'. (Buku Teks ms. 113)
  3. Murid menyanyikan lagu 'Sejahtera Malaysia' beramai-ramai.
  4. Murid dibimbing untuk mengubah suai lirik lagu rangkap tiga dan empat.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai lirik rangkat tiga dan empat.
  6. Murid berbincang tentang gaya yang ingindisampaikan.Kemudian kumpulan masing-masing mempersembahkan lirik lagu yang telah diubah suai dengan gaya yang kreatif.
  7. Murid lain akan menilai persembahan dengan mengangkat ibu jari ke atas (baik) ibu jari ke bawah (lemah).

CADANGAN JAWAPAN

Rangkap 3 (korus) 

Semangat sehati sepasukan

Berjuang dalam rintangan 

Kita hebat kitalah juara 

Mengharum nama negara


Berkibar megah Jalur Gemilang

Laungkan amanat ibu pertiwi 

Kita sama menjulang namamu 

Aman damailah negaraku


klik gambar untuk maklumat lanjut



LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA