Sesetengah individu yang mempunyai kedudukan tinggi mengakui bahawa mereka tidak merasa puas dengan pencapaian mereka. Tetapi tiada siapa yang terkecuali dengan sindrom ini. Malah mereka yang mempunyai reputasi tinggi dan berjaya dalam hidup telah menyatakan kebimbangan mereka sekiranya orang ramai menyedari mereka tidak layak memperoleh kejayaan tersebut.
Sindrom penipu atau dikenali juga sebagai imposter syndrome, bukanlah suatu penyakit yang dapat dikesan melalui diagnosis. Imposter Syndrome adalah perasaan seseorang yang menganggap bahawa prestasi yang dicapainya hanyalah kebetulan, bukan dari hasil kerja kerasnya sendiri. Perasaan itu berbentuk ketidakpercayaan lagi pada diri sendiri, sehingga sedar atau tidak, tindakan yang diambilnya boleh membawanya kepada hal-hal yang menghancurkan reputasi. Mereka yang menghadapi sindrom ini juga bakal berhadapan dengan risiko seperti kebimbangan dan kemurungan memandangkan mereka bergelut dengan konflik dalaman untuk menikmati suatu kejayaan yang telah mereka capai.
Gejala Imposter Syndrome
Ungkapan imposter syndrome atau Sindrom Penipu telah diwujudkan pada tahun 1970an. Pada mulanya ungkapan ini merujuk kepada wanita yang tidak merasa bahagia dengan pencapaian yang dikecapi, namun kajian lanjut mendapati bahawa kedua – dua wanita mahupun lelaki boleh mengalami sindrom ini. Berikut adalah tanda – tanda Imposter Syndrome :
Perasan tidak percaya diri yang kronik.
Mereka yang mengalami sindrom ini, cenderung untuk meneka serta meragui keputusan mereka secara berterusan. Mereka bergelut dengan perasaan tidak pernah cukup sementelah membuat alasan yang berasas untuk mejelaskan perbezaan antara satu sama lain.
Kejayaan bergantung kepada nasib seseorang.
Mereka bergelut untuk mengenal pasti dan menerima kejayaaan mereka, jadi mereka menganggap kejayaan mereka itu hanyalah disebabkan nasib semata – mata bukan kerana mereka layak mendapatnya. Mereka juga merasakan segala pujian orang buat diri mereka melebihi dari pencapaian mereka yang sebenarnya.
Harga diri itu bergantung kepada pencapaian tinggi.
Kebanyakan mereka yang berjaya merasakan mereka hanya berjaya setakat pencapaian mereka yang terakhir sahaja. Maka mereka akan berterus – terusan mengejar kejayaan atau penghormatan yang lebih besar dan mereka sanggup bersusah payah untuk memenuhi keinginan ‘cukup bagus’ bagi mereka.
Kecenderungan untuk menjadi Perfeksionis.
Ketakutan untuk gagal dan perasaan yang merasakan tidak pernah puas boleh membawa kepada perlakuan yang obesesif. Bagi memastikan reputasi mereka di tahap maksimum, mereka yang menghidapi gejala imposter syndrome sentiasa bekerja lebih masa, mereka sentiasa meneliti kerja mereka berkali – kali, membuat persediaan yang melampau dan kerap kali mengulang kerja yang sama boleh menjejaskan produktiviti.
Bagaimana untuk merasa puas dengan kejayaan anda?
Kurang percaya pada diri sendiri boleh menghadkan potensi diri. Perasaan yang lahir dari imposter syndrome akan mempengaruhi prestasi individu bukan sahaja ditempat kerja, sekolah malahan di rumah. Berikut adalah 5 strategi yang boleh membantu mengurangkan belenggu perasaan itu dan membuatkan anda merasakan anda layak untuk menerima kejayaan itu.
1. Kenal pasti kesilapan pemikiran anda
Pemikiran negatif seperti, “ saya mesti buat semuanya dengan sempurna atau tiada siapa akan sukakan saya” akan mencetuskan kegusaran yang melampau dalam diri anda dan anda akan hanya fokus untuk mengelak diri dari gagal. Belajar untuk mengenal pasti apa bentuk pemikiran yang dibesar – besarkan, tidak realistik dan terang – terangan tidak rasional atau apa saja hal negative yang boleh mencetuskan respon anda untuk mengelak kegagalan walau bagaimana cara sekali pun. Respon kepada pemikiran sebegitu dengan pemikiran yang lebih positif seperti, “ Kadang kala, manusia pasti akan melakukan kesilapan”
2. Akui kekuatan diri anda
Bersedia untuk mengakui bahawa anda berbakat. Semua orang mempunyai bakat. Berlatih menerima pujian daripada orang lain dengan lembut dengan berkata “terima kasih” bukannya berkeras dengan berkata “oh, ianya bukanlah masalah besar”.
3. Ada masanya jadi relaks.
Kadang – kadang, menukar pemikiran tidak bermakna anda menukar kepercayaan anda. Jadi relaks seketika. Jangan terlalu obses dengan segala perinciannya. Anda mungkin merasa tidak selesa, tetapi dengan mengendurkan diri sekali sekala boleh membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi seorang yang sempurna.
4. Kongsi keghairahan anda dengan orang lain.
Daripada anda menghabiskan masa mencuba untuk berjaya dalam satu bidang sahaja, cuba halakan minat anda dalam beberapa cara yang berbeza. Mengajar di kelas, jadi mentor untuk golongan professional atau mula menulis blog. Berbicara tentang usaha anda dan membantu orang lain mencapai matlamat mereka boleh mengingatkan anda tentang apa yang telah anda capai.
5. Dapatkan bantuan pakar.
Imposter syndrome adalah satu perkara biasa yang mendorong orang yang berprestasi tinggi untuk mendapatkan terapi. Berbicara dengn kaunselor professional boleh membantu anda merubah cara anda berfikir, merasa dan bertindak. Rawatan boleh mengurangkan perasaan tertekan dan kerisauan dan membantu anda menikmati hasil kerja keras anda.
Jika anda mempunyai atau mengalami imposter syndrome yang menyebabkan anda merasakan anda tidak mempunyai kebolehan untuk bersaing dengan pesaing anda atau merasa tidak puas dengan pencapaian anda, ambillah langkah – langkah untuk mengubah teras kepercayaan anda. Tanamkan kepercayaan di mana anda layak untuk berjaya supaya anda boleh menikmati kejayaan anda.
Akan tetapi, seseorang yang kuat mentalnya tidaka akan membiarkan perasaan sangsi dengan kebolehan diri sendiri menghalang mereka daripada mencapai matlamat yang diingini. Berikut adalah langkah – langkah mengelakkan perasaan sangsi atau tidak yakin diri daripada menghalang anda untuk berjaya :
1. Semaikan hanya sedikit rasa ragu – ragu
Jangan gusar dengan sedikit perasaan ragu – ragu : Dengan sedikit rasa tidak yakin, boleh mendorong anda untuk meningkatkan prestasi. Kajian yang diterbitkan di dalam naskhah Psychology of Sport and Exercise mendapati bahawa individu yang mengalami sedikit rasa ragu – ragu kebiasaannya boleh mendorong seseorang untuk menjadi lebih cemerlang berbanding dengan mereka yang yakin dengan kemahiran mereka.Beberapa kajian lain turut mendapati penemuan yang sama.
Jadi, daripada membuang tenaga memikirkan bahawa perasaan anda itu adalah petanda bahawa anda akan gagal, kenal pasti perasaan ragu – ragu yang boleh membantu. Mungkin anda patut menghabiskan lebih masa untuk berlatih atau menggandakan lebih usaha apabila anda sedar yang ia mungkin tidak berjalan lancar.
2. Mempersoalkan rasional di sebalik pemikiran
Apabila anda menghadapi kurang yakin diri yang serius, periksa atau kaji kebenaran di sebaliknya. Tanya diri anda “ apa buktinya yang aku memang tidak dapat melakukan ini?” Kemudian Tanya “ apa buktinya yang aku pasti dapat melakukan ini?” Teruskan dan tulis jawapan anda dia atas sekeping kertas.
Melihat kepada fakta boleh membantu anda melihat sesuatu dengan lebih realistik. Rutin ini mungkin tidak akan melenyapkan segala rasa ragu – ragu yang and tanggung, tetapi ia akan mengurangkan perasaan gundah atau tidak selamat ke tahap yang boleh diuruskan.
3. Mempertimbangkan jangkaan yang terburuk
Perasaan sangsi pada diri sendiri ini dicetuskan oleh ramalan bencana seperti “ saya akan merosakkan semunya” “ saya tidak mungkin dapat peluang sperti ini lagi”. Apabila anda sering menjangka yang anda akan melakukan sesuatu perkara dengan teruk, Tanya diri anda “ seteruk mana ia akan jadi?” sekalipun anda melakukan kesilapan , adakah ia akan menjadi seteruk yang anda fikirkan?
Ingatkan diri anda bahawa sekiranya ia tidak menjadi, ia bukanlah akan mengubah seluruh hidup anda. Beberapa tahun akan dating, kalah dalam permainan, tersungkur dalam pencarian dan tidak berjaya mendapat kenaikan pangkat bukanlah suatu hal yang penting lagi. Menitik beratkan perkara – perkara dari perspektif yang betul akan membantu anda merasa lebih tenang.
4. Kawal emosi anda
Emosi anda memainkan peranan penting dalam menentukan cara anda berfikir dan bertindak. Your emotions play a major role in how you think and behave. Perasaan cemas boleh mencetuskan keraguan dan menjejaskan prestasi anda, melainkan anda mengambil langkah – langkah untuk mengawal emosi anda.
Beri perhatian kepada bagaimana emosi anda mempengaruhi pilihan anda. Jika anda terlalu bimbang, tenangkan tubuh dan fikiran anda dengan menarik nafas sedalam – dalam, keluar berjalan – jalan, atau sibukkan diri anda dengan kerja – kerja lain. Jangan biarkan ketidak selesaan yang sementara ini membuat anda putus asa atau menyendiri.
5.Fokus pada prestasi anda sekarang.
Walau apa pun yang anda lakukan sama ada di atas pentas ataupun di arena sukan, dengan memberitahu diri anda “ saya akan memalukan diri saya” hanya akan menyekat diri anda daripada menonjolkan prestasi anda yang sebenar. Daripada anda membiarkan monolog dalaman anda mengheret anda kepada kegagalan lebih baik anda fokus kepada apa yang sedang berlaku.
Sebelum anda mengambil langkah yang
besar dalam perkara yang anda ragui, Beri kata semangat kepada diri anda.
Dengan berkata “ apa yang boleh saya buat sekarang ialah beri yang terbaik”
akan mengingatkan anda yang anda tidak perlu terlalu mencuba untuk sempurna.
Dengan adanya peringatan sebegitu, anda akan lebih bersedia untuk melancarkan
tenaga anda di tempat yang sepatutnya demi prestasi anda.
Disediakan oleh:
Norida Barudin
sumber : https://isn.gov.my/
No comments:
Post a Comment