JEMPUTAN SECARA MAYA KE MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023 MENTERI PENDIDIKAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan akan diadakan secara hibrid seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Januari 2023 (Khamis)
Masa : 3.00 petang (Siaran Langsung Bermula)
Platform : Facebook Rasmi KPM, EduwebTV KPM, Didik TV
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datu/Tuan/Puan dan semua warga JPN dan PPD seluruh negara adalah dijemput hadir secara maya bagi menyaksikan siaran langsung majlis amanat tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan poster, atur cara dan kod QR (pendaftaran kehadiran) untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/Datu/Tuan/Puan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datu/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
pautan untuk menonton : https://www.youtube.com/watch?v=0d0wuOWGxCs&feature=youtu.be
No comments:
Post a Comment