"Gerobok" merujuk kepada bekas penyimpanan barangan atau peralatan, manakala "ilmu" merujuk kepada pengetahuan. Secara amnya, “Gerobok Ilmu ” diertikan sebagai tempat penyimpanan atau koleksi bahan bacaan dan rujukan yang mengandungi ilmu dan maklumat saintifik.
"Gerobok Ilmu" ini mengandungi pelbagai jenis buku, jurnal, artikel, atau bahan lain yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu.
"Gerobok Ilmu" ini diwujudkan bagi mengumpul dan menyusun pengetahuan dan maklumat dalam bentuk yang mudah diakses dan dipelajari.
Buku, jurnal, artikel dan bahan lain akan sentiasa dikemaskini untuk rujukan anda.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment