DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, March 19, 2023

34 CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN 10 AYAT MUDAH


FAKTA

TEMA KELUARGA 

1.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita”

1. Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.

2. Kebersihan dapat menghindari penyakit. 

3. Kita perlu mengemaskan tempat tidur. 

4. Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan. 

5. Kita harus menyapu sampah .

6. Rumah menjadi  kemas dan bersih.

7. Kita harus mencuci longkang-longkang.

8. Daun-daun kering juga disapu.

9. Rumput yang panjang hendaklah dipotong.

10. Tempat tinggal yang bersih,hidup pun sihat. 


FAKTA

2. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

1. Hujung minggu merupakan hari cuti.

2. Hari yang selalu kita tunggu.

3. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.

4. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. 

5. Bergotong-royong membersihkan rumah.

6. Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.

7. Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik. 

8. Kasih sayang kepada keluarga bertambah. 

9. Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.

10. Rumah bersih, hidup sihat.


Sekian, terima kasih.


KEPERIHALAN

3. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu berada di kampung.

1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.

2. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya. 

3. Ketika itu musim buah-buahan. 

4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam. 

5. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga. 

6. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong. 

7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.

8. Udara di kampung juga nyaman dan segar. 

9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.

10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung. 


CATATAN

4. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan kamu pada hari tersebut.

12 April 2022
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.

7.00 pagi         : Bersiap-siap pergi berkelah.
  
8.00 pagi         : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi         : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah. 
  
10.40 pagi : Kami tiba di situ. 

11.20 pagi : Kami mandi di air terjun. 

1.00 petang : Kami makan di tepi sungai. 
3.00 petang : Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang : Kami pulang ke rumah.

6.10 petang : Kami tiba di rumah. 

Kami berasa seronok. Saya mahu pergi lagi. 


DIALOG

5. Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tulis perbualan anda dengan penjual barang runcit itu.

Ah seng         : Saya mahu beli barang. Boleh pak cik tolong?

Pak Cik Lee : Boleh. Banyakkah barang itu?

Ah Seng         : Tidak banyak. Ini senarainya.

Pak Cik Lee : Tepung sekilo, garam sebungkus, gula sekilo dan minyak sebotol. 

                   Ini barang-barangnya.

Ah Seng         : Ini duitnya, pak cik.

Pak Cik Lee : Ibu kamu mahu masak apa?

Ah Seng         : Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.

Pak Cik Lee : Ini bakinya. Terima kasih.Datang lagi, ya.

Ah Seng         : Sama-sama.


PERIBAHASA
6. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ”Bagai Mencurahkan Air ke Daun Keladi ”.


1. Kok Kent seorang budak yang nakal.
2. Kok Kent suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang. 
3. Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.
4. Mereka menasihatinya. Tapi dia masih buat juga.
5. Suatu hari, dia diserang lembu itu.
6. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit.
7. Badannya luka-luka dan kakinya patah.
8. Dia dihantar ke hospital. 
9. Setelah sihat, Kok Kent kacau lagi ternakan orang kampung. 
10. Sikap Kok Kent seperti ”mencurahkan air ke daun keladi”.

MELENGKAPKAN CERITA
7. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur. Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.
2. Aku bangun dan buka pintu. 
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang. 
4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.
5. Aku berasa hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula. 
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu.
9. Aku lihat satu lembaga yang besar di depanku. 
10. Aku pengsan.
11. Aku berasa badan aku digoncang-goncang.
12. Rupa-rupanya aku bermimpi.

BIOGRAFI
8. Tuliskan  sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang. 
2. Nama ibu saya ialah Wang Ai Ni. 
3. Dia berusia 29 tahun. 
4. Ibu amat menyayangi saya. 
5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur. 
6. Ibu meyediakan sarapan setiap pagi untuk kami. 
7. Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan. 
8. Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. 

CEREKA
9. Pada hari Ahad yang lalu,anda sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut. 

Tuliskan pengalaman anda semasa menyelamatkan budak itu.

1. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah. 
2. Ramai orang pada hari itu. 
3. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
4. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
5. Ketika saya sedang berenang, saya terdengar orang minta tolong.
6. Suara itu dekat dengan saya .
7. Saya lihat seorang budak lemas. 
8. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
9. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu. 
10. Bapa budak itu ucap terima kasih kepada saya. 
11. Saya gembira kerana dapat menolong orang.

CERITA
10. Tuliskan  sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke salah satu tempat peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

1. Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.
2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
5. Kami melihat ramai pelancong di sana.
6. Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7. Kami juga mengambil gambar di sana
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10. Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.

CERITA
11. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama keluarga. Ceritakan pengalaman anda tersebut.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah
2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa. 
9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
10. Saya berharap dapat datang ke sini lagi.

CERITA
12. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara
2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3.     Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai orang di sana.
6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
7. Kami juga melihat gajah menari.
8. Selepas itu, kami makan tengah hari.
9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
10. Saya berharap boleh datang lagi

CATATAN
13. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan tentang lawatan anda itu.

11 Mac 2007
8.00 pagi      :   Bertolak ke Cameron Highlands.
                           Kami pergi dengan menaiki kereta.
                           Dalam perjalanan,kami berbual-bual
9.30 pagi      :   Kami  tiba di Cameron Highlands.
                                 Kami melihat ramai pelancong di sana.   
10.30 pagi      :   Kami melawat ladang teh.
                             Saya dapat memetik daun teh.
12.00 tengah hari :   Kami makan di sebuah restoran.                   
2.00 petang          :   Pulang ke rumah. Saya sangat gembira

KEPERIHALAN
14. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.
2. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
9. Saya amat sayang akan ibu.
10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

MENYAMBUNG CERITA
15. Hari semakin larut.Hujan  renyai-renyai.Ibu dan ayah saya masih belum pulang.Tiba-tiba……………….

1. Bekalan elektrik terputus.
2. Rumah menjadi gelap.
3. Saya mencari lilin di dapur lalu menyalakannya.
4. Tiba-tiba, saya terdengar ketukan pintu.
5. Saya takut untuk membukanya.
6. Saya berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.
7. Saya terdengar suara orang.
8. Apabila saya membuka pintu,saya terlihat dua lembaga di luar rumah.
9. Saya berasa lega kerana ibu dan bapa telah pulang.
10. Mereka lewat pulang kerana ada pokok tumbang di tengah jalan raya.


PERIBAHASA
16. Tuliskan sebuah karangan berkaitan peribahasa  ”Seperti Aur Dengan Tebing”

1. Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.
2. Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu.
3. Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
4. Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
5. Abang pula  mengecat dinding rumah.
6. Bapa menyapu dan saya mengutip sampah-sarap.
7. Apabila letih dan dahaga,kami pun minum.
8. Pada pukul 1.00 petang,kami habis bergotong-royong.
9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik.
10. Kerjasama kami  seperti aur dengan tebing.

CERITA
17. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan  pengalaman kamu.

1. Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan.
2. Kami memancing di sebatang sungai.
3. Kami pergi dengan menaiki kereta.
4. Kami membawa joran,umpan,mata kail dan baldi.
5. Kami mencari tempat yang redup.
6. Tiba-tiba , umpan saya dimakan ikan.
7. Saya mendapat seekor ikan yang besar.
8. Bapa pula mendapat lima ekor ikan.
9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan


CATATAN
18. Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

Catatan Balik ke Kampung

8.00 pagi                 : Saya dan keluarga pergi ke kampung nenek di Tapah.Kami                                                         pergi dengan menaiki kereta. Saya berbual-bual dengan adik 
                                        di sepanjang jalan.dengan menaiki kereta. Saya berbual-bual 
                                        dengan adik di 
                                        sepanjang jalan.
9.30 pagi                 : Datuk dan nenek sangat gembira melihat kami tiba.Saya bersalam                                            dengan mereka.Saya memberi buah tangan kepada nenek.
12.00 tengahari         : Kami makan tengah hari.

2.00 petang              :      Saya mengikut datuk memancing ikan di sebatang sungai.Kakak                                                 pula membantu nenek di sawah padi.Setelah dua hari di kampung,                                             kami pun pulang.
7:00 malam            :         Kami pulang.Saya berasa sangat gembira kerana dapat balik ke                                                 kampung. 

MENGAKHIRI  CERITA
19. Tuliskan  sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.

       ................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

1. Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.
2. Saya mengajak ramai kawan.
3. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
4. Kakak menghias ruang tamu.
5. Bapa pula membeli minuman untuk para tetamu.
6. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang.
7. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
8. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
9. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan. 
10. Kami makan-makan sambil bermain permainan.
11. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

CERITA
20. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu.

1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi  ke Kuala Lumpur.
2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.
4. Kami tiba di Zoo Negara.
5. Ayah membeli lima keping tiket.
6. Ada harimau,ular,gajah,kuda dan lain-lain di Zoo Negara.
7. Kami menonton pertunjukan gajah.
8. Ada burung kakak tua yang pandai bercakap.
9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.


PERIBAHASA
21. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya”

1. Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.
2. Ibu saya seorang suri rumah.
3. Bapa pula seorang guru.
4. Saya ada tiga adik lelaki.
5. Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
6. Ibu saya seorang yang tegas.
7. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
8. Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar.
9. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran.  
10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur Buluh.Biarlah daripada Rebungnya’ .

CERITA
22. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

1. Saya dan ayah suka berkebun.
2. Kami menanam sayur-sayuran.
3. Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang.
4. Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu.
5. Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.
6. Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar.
7. Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.
8. Bapa mendapat banyak duit.
9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.

CERITA
23. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi  ke hospital.
2. Kami melawat datuk yang sakit.
3. Datuk demam panas sejak semalam.
4. Saya  bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan.
5. Datuk mengucapkan terima kasih.
6. Seorang doktor memberi ubat kepada datuk.
7. Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk.
8. Saya mengupas buah epal untuk datuk.
9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh.


CERITA
24. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu rasai pada hari itu.

1. Saya ada seorang kawan yang baik  bernama Ali.
2. Ahad lalu,saya  sekeluarga pergi  ke rumahnya.
3. Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
4. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali.
5. Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
6. Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang.
7. Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali.
8. Bapa Ali memberi duit raya kepada saya.
9. Saya mengucapkan terima kasih.
10. Pada pukul 7:00 malam,saya pun pulang.

CERITA
25. Tuliskan  pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

1. Saya ada seorang jiran yang  baik  bernama Abu.
2. Ahad lalu, dia balik ke  kampungnya.
3. Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya.
4. Suatu hari, ada seorang pemuda yang bertopeng.
5. Dia membuka besi tingkap rumah Abu.
6. Dia masuk ke dalam rumah Abu.
7. Saya cepat-cepat menelefon polis.
8. Polis datang lalu menangkapnya.
9. Abu pulang dari kampung,dia berterima kasih kepada saya sekeluarga.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

TEMA : SEKOLAH
26. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.  

1. Kelab Seni Lukis mengadakan pameran
2. Pameran  diadakan di dewan sekolah.
3. Banyak ibu bapa melihat pameran.
4. Pelbagai lukisan dipamerkan.
5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan
6. Guru besar menyampaikan hadiah.
7. Pemenang sangat  gembira
8. Pameran  mendapat sambutan yang baik.
9. Orang ramai suka melihat pameran.
10. Pameran akan diadakan lagi 

27. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah”.

1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.
2. Kita dapat mengisi masa lapang.
3. Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab.
4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan  berdikari
5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan .
6. Kita dapat belajar menjadi ketua.
7. Kita juga dapat kawan yang baru.
8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.
9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.
10. Kita dapat banyak faedah.

28. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat daerah.Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

TAIPING, Sabtu -   SJK (T) Ladang Matang menjadi johan bola sepak peringkat daerah.
       
1 Lapan buah sekolah mengambil bahagian.
2 Ramai ibu bapa datang melihat.
3 Tempat pertandingan di padang sekolah.
4 Pemain bermain sungguh-sungguh.
5 Penonton bertepuk tangan.
6 Ada pemain yang luka.
7 SJK (T) Ladang Matang johan.
8 Guru Besar menyampaikan hadiah.
9 Pasukan yang menang gembira.
10 Tahun depan jumpa lagi.

29. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.

1. Nama Sekolah saya ………………………………………
2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.
3. Sekolah saya ada banyak kelas.
4. Sekolah saya ada sebuah padang.
5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.
7. Guru sekolah saya baik.
8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
10. Saya sayang akan sekolah saya. 

KEPERIHALAN
30. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan tentang pesta ria itu.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pesta ria.
2. Pesta ria itu diadakan pada pukul 8.00 pagi.
3. Ramai orang yang datang ke pesta ria itu. 
4. Suasana pesta ria itu sangat meriah.
5. Banyak gerai menjual barangan.
6. Pembeli membeli barangan menggunakan kupon.
7. Acara sukaneka dan nyanyian juga diadakan.
8. Peraduan teka kacang juga diadakan
9. Pesta ria itu tamat pada pukul 5.00 petang.
10. Selepas itu, semua orang pulang ke rumah. 


 AUTOBIOGRAFI
31. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

1. Saya sebuah perpustakaan.
2. Saya juga dipanggil disebut pusat sumber.
3. Saya ada  di sebuah sekolah yang besar.
4. Badan saya ada pelbagai jenis buku.
5. Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar. 
6. Murid-murid selalu meminjam buku.
7. Saya dijaga oleh pustakawan.
8. Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
9. Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
10. Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.


KEPERIHALAN
32. Sekolah kamu telah mengadakan Hari  Sukan.. Tuliskan sebuah karangan mengenai hari sukan tersebut.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
2. Sukan itu diadakan di padang sekolah.
3. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
4. Mula-mula murid-murid berjalan keliling padang.
5. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.
6. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
7. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
8. Pasukan Merah telah menjadi johan.
9. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
10. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.  


PENGALAMAN
33. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.

1. Perkhemahan diadakan pada 12 April 2007. 
2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
3. Perkhemahan diadakan di tepi hutan.
4. Berkumpul di sekolah dan menaiki bas ke tapak perkhemahan.
5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
6. Kami menurunkan barang setelah sampai di situ.
7. Mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru.
8. Membuat tugasan yang diberikan.
9. Selepas mendirikan khemah, kami memasak. 
10. Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuhan. 
11. Waktu malam, kami membuat unggun api.
12. Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.
13. Kami bersiap-siap untuk pulang.
14. Saya berasa seronok dan gembira.

CERITA GAMBARAN
34. Tulis sebuah karangan yan bertajuk ”Sekolah Idamanku”

1. Setiap murid inginkan sekolah yang cantk.
2. Begitu juga aku.
3.     Antara ciri sekolah idamanku ialah bilik darjah yang cantik dan ceria.
4. Guru-guru yang mengajar juga baik.
5.    Semua guru mesti sayang  kepada semua murid.
6.    Aku mahukan persekitaran yang tenang dan selesa.
7.    Aku mahu sekolaki  dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni.
8.    Aku inginkan rakan-rakan yang berdisiplin.
9.    Aku berharap semua kawanku  baik hati.
10.  Aku berharap impianku menjadi kenyataan.



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA