link pembelajaran : https://www.youtube.com/watch?v=3csyscOhUP4&t=191s
Murid melengkapkan dialog dengan kata ganti nama.
Murid melakonkan dialog secara simulasi.
Cadangan Jawpan:
Rajiv : Kamu sedang buat apa di situ, Hadif?
Hadif : Saya sedang membaca e-buku ini. Kamu datang seorang sahaja? Mengapakah kamu tidak datang bersama-sama dengan Haziq.
Rajiv : Haziq tidak dapat datang kerana dia menolong ibunya mengemas rumah. Dia akan datang ke sini setelah selesai menolong ibunya.
Hadif : Marilah kita membaca bersama-sama di meja sana. Adik-adik saya hendak bermain di sini. Mereka akan mengganggu kita nanti.
Hadif : Kamu boleh menggunakan tablet ini atau komputer riba itu. Saya pula akan menggunakan telefon bimbit milik ibu saya.Ibu sudah memberi keizinan.
Rajiv : Terima kasih, Hadif. Bagaimanakah cara membaca e-buku itu?
Hadif : Kamu perlu memuat turun buku cerita yang telah dibeli. Kemudian, masukkan nama pengguna dan kata laluan.
Ayah : Kalian sedang membaca e-buku?
Rajiv : Ya, kami sedang membaca e-buku.
No comments:
Post a Comment