RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : KEMASYARAKATAN
TOPIK : BANK REZEKI BERGERAK
Standard Kandungan :
2.1 Asas membaca dan mnemahami
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat membaca dua atau tiga perenggan teks dengan baik dan memberikan sekurang-kurangnya dua respons terhadap idea tersurat dan tersirat dalam situasi diberi secara bertulis.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca kuat teks.
- Murid mengenal pasti dua idea tersurat dan tersirat serta memberi respons.
- Murid memberi respons terhadap tiga situasi secara bertulis.
Aktiviti
- Murid menyatakan cara mengelakkan pembaziran. (air/elektrik)
- Murid membaca senyap petikan “Bank Rezeki Bergerak”. (Buku Teks m/s 3)
- Murid membaca kuat petikan. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan.
- Murid dibimbing mengenal pasti idea tersurat dan tersirat dalam perenggan tiga dan empat teks dan memberi respon.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid menyatakan respons secara bertulis berdasarkan idea tersurat dan tersirat dalam teks. (lembaran kerja)
1. Maklumat tersurat :
Program ini dapat meringankan beban golongan miskin, orang kurang upaya, penghuuni rumah anak yatim dan penghuni rumah orang tua.
Respon :
Kita mestilah sentiasa membantu golongan miskin, orang kurang upaya, anak yatim dan orang tua bagi meringankan kesusahan mereka.
2. Maklumat tersurat :
Mengkategorikan barangan keperluan harian untuk disalurkan kepada Bank.
Respon :
Kita perlu menyenaraikan jenis barangan keperluan harian yang hendak disalurkan kepada Bank Bergerak.
3. Maklumat tersurat:
Makanan yang boleh disumbangkan termasuklah beras, biskut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Respon:
Kita boleh memberi sumbangan barangan keperluan harian ini kerana barangan ini merupakan makanan asas.
4. Maklumat tersurat:
Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kesepakatan yang kukuh oleh semua penduduk.
Respon:
Kita hendaklah memberikan kerjasama bagi melancarkan program kemasyarakatan yang dijalankan.
dapatkan juga
dapatkan juga
No comments:
Post a Comment