DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, April 3, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : KISAH SEBUAH KELUARGA | ASPEK SENI BAHASA | HALAMAN 10 #akademiyoutuber

 



KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 Melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajaran.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat : Melafazkan dan melagukan seloka.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu tentang seloka. (PAK 21)

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami seloka yang bertajuk “Kisah Sebuah Keluarga”.
3. Murid dibimbing melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. (KBAT)
4. Murid menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam seloka dalam buku latihan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid membuat persembahan melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Pengajaran yang terkandung dalam seloka.
1. Ibu bapa boleh memantau kegiatan anak-anak di rumah dengan menggunakan kemudahan teknologi melalui telefon pintar semasa bekerja atau berjauhan dengan mereka.
2. Ibu bapa juga haruslah tidak mementingkan kerjaya. Mereka hendaklah meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga untuk mengeratkan kasih sayang.
3. Janganlah kita lalai dengan peranti atau gajet sehingga kita alpa dengan kehidupan dan tidak menghiraukan orang lain yang bersama-sama kita.
4. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan semoga rezeki kita bertambah dan dapat bercuti bersama-sama dengan keluarga lagi.

banyak lagi di


dapatkan juga



No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA