DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, April 8, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 3 : MANISNYA PERTEMUAN | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 18 #akademiyoutuber

 



5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Memahami penggunaan kata kerja tak transitif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bercerita berdasarkan bahan dengan lancar dan jelas.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami jalan cerita yang bertajuk “Manisnya Pertemuan”. (KBAT)
3. Murid dibimbing memahami kata kerja tak transitif.
4. Murid dibimbing bercerita berdasarkan bahan yang diberikan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid mereka dan menulis cerita berdasarkan bahan yang diberikan. Seorang wakil kumpulan diminta menyampaikan cerita yang ditulis di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan:

Pak Usu dan isterinya datang ke rumah Pak Akub. Mereka bersalam dengan Pak Akub dan isterinya Nenek Ngah. Pak Akub menyambut kedatangan Pak Usu dengan ramah mesra.
        
        Nenek Ngah mengajak Mak Usu berbual-bual di beranda rumah. Mereka duduk di lantai yang beralaskan tikar mengkuang. Mak Usu dan Nenek Ngah begitu rancak berbual sambil ketawa.
        
        Makanan telah siap berhidang di dapur. Pak Akub mengajak Pak Usu dan isterinya makan tengah hari. Mereka berterima kasih kepada Nek Ngah kerana bersusah payah menyiapkan hidangan.Hidangan tersebut amat lazat dan menyelerakan kerana masakan kampung tiada tandingan dengan masakan ala barat.
        
        Pak Akub membawa Mak Usu dan Pak Usu bertandang di halaman rumah. Terdapat banyak pokok bunga ditanam di sekitar rumah Pak Akub. Mak Usu tertarik akan bunga-bungaan yang kembang mekar di halaman rumah itu. Baunya harum dan wangi sekali dengan warna yang menarik.
        
        Di tepi rumah Pak Akub juga ada sebatang sungai yang jernih airnya. Mereka mencuba memancing ikan menggunakan pancing. Mak Usu tertawa kecil melihat  gelagat Pak Usu apabila pancingnya terkena ranting kayu.









No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA