DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, April 3, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : MELANCONG KE PULAU MABUL | KEMAHIRAN MENULIS | HALAMAN 9 #akademiyoutuber

 



3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN

3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN

3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat : Membina dan menulis perenggan.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu. (PAK 21)
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid menonton dan memahami video You Tube tentang melancong ke Pulau Mabul. 
3. Murid membaca dan memahami risalah tentang melancong ke Pulau Mabul. (KBAT)
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
5. Murid diminta membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif. (PBD)
2. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk membaca perenggan pendapat yang telah ditulis. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Bina da tulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif.

Cadangan Jawapan :
Syarikat pelancongan Suria Kencana menawarkan pakej yang menarik untuk pelancong memilih pakej yang diingini.Kami sekeluarga memilih pakej B kerana pakej ini sesuai dengan kegiatan keluarga kami. Kami ingin menikmati keindahan pantai dan keunikan kawasan persekitaran. Saya dan keluarga akan melakukan aktiviti menyelam permukaan di Pulau Mabul untuk memerhatikan kehidupan marin dengan berlatarkan alam semula jadi. Saya teringin untuk melihat ikan pari, kuda laut dan juga ikan spesis nudibanch, moray dan lain-lain. Kami mahu merakam video yang menarik sebagai kenagan berada di sana.




No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA