3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :Berbincang untuk menghasilkan jawapan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid bercerita pengalaman menyertai hari keluarga.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami petikan Whatsapp dalam buku teks. (KBAT)
3. Murid dibimbing berbincang untuk menghasilkan jawapan.
4. Murid dibimbing menulis jawapan dengan memberikan cadangan yang kritis dan kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid memainkan peranan dalam kumpulan dengan saling bertukar pendapat dan cadangan mengenai tempat dan kegiatan hari keluarga yang menarik. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
Saya mencadangkan Hari Keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kos percutian di sini tidak terlalu mahal dan mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk keluarga mengadakan hari keluarga. Kita boleh memilih tempat seperti di Eangle Ranch Resort. Antara tarikan aktiviti yang boleh kita lakukan bersama keluarga sempena hari keluarga adalah berkuda, aktiviti memanah, berbasikal, go-kart dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment