DROPDOWN MENU

SLIDER



Tuesday, June 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 5 : KANTIN BERSIH MURID SELESA | HALAMAN 34 - 35




KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.2 Menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun serta mempersembahkannya dengan kreatif.


AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid berbual bersama pasangan mengenai gambar dalam buku teks.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
1. Murid meneliti dan memahami maklumat serta gambar rajah dalam buku teks tentang Kantin Bersih.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Murid bercerita tentang kantin sekolah mereka. (PBD)
4. Murid juga bercerita tentang SOP menggunakan kantin ketika pandemic CIVOD-19 masih melanda negara. (PAK21)
2. Murid dibimbing menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan. (KBAT)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan. Persembahkannya secara kreatif.


Cadangan Jawapan:

Sesi persekolahan telah pun bermula. Izzah begitu bersemangat datang ke sekolah. Izzah begitu teruja untuk melihat kantin baharu sekolahnya. Pengusaha kantin sekolah telah membuat penambahbaikan kantin sekolah.

            Kantin baharu sekolahnya mengalami perubahan yang begitu menarik. Izzah dapat melihat kebersihan dan susun atur kantin telah berubah. Semua makanan yang dijual diletakkan di dalam bekas lutsinar yang tertutup tetapi boleh dilihat akan jenis makanan yang dijual.Tujuannya supaya makanan yang dijual tidak terdedah kepada habuk atau lalat yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
            
            Pekerja kantin juga mengutamakan kebersihan dengan memakai apron dan sarung tangan. Mereka juga melakukan pensanitasi tangan sebelum dan selepas melakukan kerja. Kantin sekolahnya sangat bersih dan tidak berbau busuk kerana setiap murid menjaga kebersihan.

            Murid sekolahnya juga bertanggungjawab memastikan peraturan kantin diikuti. Kantin sekolahnya juga menggalakkan murid-murid membawa bekas makanan sendiri bagi mengurangkan penggunaan plastik. Sisa makanan dibuang ke dalam tong kompos. Apabila tong kompos ini telah penuh, tong ini akan dibawa ke pondok baja kompos untuk dikumpulkan bagi menghasilkan baja kompos.

            Di tempat membasuh tangan pula, pihak pengurusan kantin menyediakan sabun untuk murid mencuci tangan. Dengan ini, tangan terjamin bersih dan berbau.

            Akhir sekali, pekerja akan membersihkan kantin setiap petang sebelum menutupnya, Sesuai dengan slogan kebersihan asas kesihatan. Perubahan ini telah melayakkan sekolah Izzah mendapat Anugerah Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik Peringkat Kebangsaan





No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA