DROPDOWN MENU

SLIDER



Tuesday, June 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 5 : KEBERSIHAN ASAS KESEJAHTERAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 31

 



KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.2 Bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat yang tersurat dan tersirat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat : Bertutur untuk menghujahkan maklumat.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis.


AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid berbual bersama rakan tentang trak makanan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang Trak Makanan BeSS.
3. Murid dibimbing maklumat tersurat dan tersirat. (KBAT)
4. Murid dibimbing bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis. (PBD)
5. Murid berkongsi pengalaman berkunjung ke trak makanan. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan. (PAK 21)
7. Pasangan yang terpilih diminta ke hadapan kelas untuk berdialog dan bertutur untuk menghujahkan kepentingan trak makanan BeSS.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Bertutur untuk menghujahkan kepentingan trak makanan BeSS.

Cadangan  Jawapan:

Izzah                : Trak makanan ini menepati standard premis makanan BeSS, ayah.
Encik Faizal     : Ayah bersetuju dengan kamu, Izzah. Bagi ayah, peniaga trak makanan ini mematuhi 
                          piawai yang ditetapkan. Peniaga tersebut menjaga kualiti makanan yang dijual serta 
                          menjaga kebersihan permisnya. Peniaga ini juga menyediakan pilihan makanan yang 
                          sihat untuk pelanggannya. Selain itu, peniaga ini juga mengenakan pakaian bersih serta 
                          memakai apron, penutup mukai, memakai topi serta sarung tangan.
Fateh                : Pengiktirafan BeSS ini sangat penting agar pengguna dapat memilih premis makanan
                           yang bersih dan sihat.





No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA