2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2. 2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan, dan ramalan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat : Membaca teks dan membuat rumusan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya membuat rumusan berpandukan bahan dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi rutin penjagaan kebersihan diri yang diamalkan oleh mereka. (PAK 21)
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja.
3. Murid dibimbing membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia. (KBAT)
4. Murid dibimbing membuat rumusan dalam buku latihan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. (PAK 21)
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk membuat rumusan tentang bahan yang diberikan. Seorang wakil kumpulan diminta membaca rumusan yang telah dihasilkan di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Baca teks dan buat rumusan.
Cadangan Jawapan
Rumusannya, untuk memastikan penjagaan kebersihan diri remaja sempurna, mereka perlu menyediakan peralatan kebersihan diri yang mencukupi bagi memastikan kebersihan kulit terjaga, kebersihan tubuh badan, kebersihan gigi, rambut dan kuku terjaga dengan sempurna. Kelengkapan alatan kebersihan amat penting bagi memastikan remaja dapat menjaga kebersihan diri dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment