KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera
STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Membaca dan melengkapkan Peta Alir.
Menceritakan akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya tidak dipatuhi.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya melengkapkan Peta Alir dengan maklumat yang betul dan membuat ramalan berdasarkan maklumat tersebut dan menceritakan akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya tidak dipatuhi.
AKTIVITI PDPCPengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat pada risalah tentang Langkah Selamat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
3. Murid dibimbing membaca dan menganalisis bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing membuat ramalan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk melengkapkan Peta Alir Tindakan sebelum Banjir dan membuat ramalan tentang bahaya mengharungi banjir.
7. Setiap kumpulan diminta membentangkan Peta Alir yang telah dilengkapkan dengan maklumat yang betul dan berkongsi ramalan yang telah dibuat kepada rakan. (PAK 21)
8. Murid membaca petikan akhbar bertajuk ‘Mandatorikan penggunaan tali pinggang keledar belakang’ dalam BAM PKJR m/s 13.
9. Murid menggarisi idea utama yang terdapat dalam petikan tersebut.
10. Murid bercerita akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya tidak dipatuhi. (PBD)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan:
No comments:
Post a Comment