DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, October 19, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 11 : KAFE SALAM | HALAMAN 81

 




KEMAHIRAN BAHASA

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN

1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.  

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat : Menyampaikan cerita.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami jalan cerita ringkas yang disediakan.

3. Murid dibimbing menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (KBAT)

4. Murid dibimbing merangka jalan cerita dalam buku latihan. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

6. Setiap kumpulan berbincang untuk merangka jalan cerita dan menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai di hadapan kelas. (PAK 21)

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

CADANGAN JAWAPAN

Bapa saya mewariskan sebuah kedai kepada saya. Kedai tersebut terbiar setelah bapa saya meninggal dunia. Saya tiada idea untuk mengusahakan kedai itu.

        Pada suatu hari, kawan saya iaitu Abu dan Raju datang menziarahi saya setelah lama tidak bertemu. Saya meminta cadangan daripada Abu dan Raju. Mereka begitu gembira dan telah memberi beberapa cadangan yang menarik serta berjanji akan membantu saya. Kami bersepakat untuk membuka kafe bersama-sama.

        Kami mengeluarkan modal bersama-sama untuk menjayakan impian tersebut. Dua hari kemudian, kami memulakan tugas mengubah kafe dengan mengecat kafe tersebut. Kami mengubah kafe itu dengan konsep dalam taman yang menarik. Kami membeli kerusi meja yang cantik serta hiasan kafe yang menarik.

        Kami juga mencipta logo yang menarik iaitu tiga orang kawan yang berganding bahu dan tersenyum riang. Kami nenamakan kafe tersebut dengan nama Kafe Salam. Logo dan nama kafe ini melambangkan semangat setia kawan antara kami.

        Setelah beroperasi, kafe kami sentiasa dikunjungi pelanggan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum. Kafe ini semakin maju.

        Begitulah cerita saya, bagaimana bermulanya pembukaan kafe ini dengan semangat setia kawan dan kerjasama kami.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA