KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menghasilkan penulisan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi.OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar dan bahan rangsangan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami cerita yang bertajuk “Helaian Kertas Bermakna”.
3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi. (PAK 21)
7. Wakil kumpulan diminta membaca cerita yang ditulis di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN
Pada suatu hari, Irdina ke perpustakaan sekolahnya. Dia ingin meminjam sebuah buku. Setelah memilih buku yang diinginkan, dia pun mendaftarkan pinjamannya di kaunter.
Irdina duduk di kerusi. Irdina membelek-belek helaian buku tersebut. Irdina menemui sebuah nota kecil yang terselit di dalam helaian buku tersebut. Di hadapannya tertulis "Cadangan Jadual Tugas Pengawas". Dia pasti buku nota ini amat penting.
Irdina tidak tahu tindakan yang perlu dilakukannya. Dia memberitahu hal tersebut kepada Irfan dan abangnya. Abang Irfan mencadangkan Irdina memberikan buku nota itu kepada guru pengawas sekolah supaya buku itu dapat dipulangkan segera.
Keesokannya, Irdina berjumpa dengan Cikgu Shukri, guru pengawas sekolahnya. Irdina memberitahu Cikgu Syukri tentang menemuan buku nota itu dan menyerahkannya kepada beliau. Cikgu Syukri memuji sikap Irdina yang amanah dan jujur itu.
Cikgu Syukri memanggil ketua pengawas, Laila. Beliau memulangkan buku nota itu kepadanya. Laila mengakui kesilapannya yang dia terlupa akan tempat dia meletakkan buku nota itu, Selepas meminta maaf atas kelalaiannya daripada Cikgu Syukro, dia pun bertanya tentang maklumat orang yang menemukan buku nota itu.
Sebelum pulang ke rumah, Laila bertemu dengan Irdina.Dia berterima kasih kepada Irdina kerana memulangkan semula bbuku nota tersebut.
No comments:
Post a Comment