KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menyenaraikan pelbagai kata majmuk.
Bercerita dengan menggunakan kata tersebut.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bercerita dengan menggunakan kata majmuk yang telah dikenal pasti dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berbual bersama pasangan mengenai surat yang ditulis oleh setiausaha.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami isi kandungan surat permohonan sumbangan kewangan pembinaan Balai Raya Muhibah.
3. Murid dibimbing mengenal pasti pelbagai kata majmuk. (KBAT)
4. Murid dibimbing membuat persembahan cerita dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. (PBD)
5. Murid menyenaraikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam surat mengikut kategori. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan bercerita dengan menggunakan kata majmuk yang telah dikenal pasti. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
- Senarai kata majmuk
- balai raya
- rumah terbuka
- urus setia
- setiausaha
- hak milik
- urus niaga
- kerjasama
- terima kasih
- berjiwa besar
- berbesar hati
- tanah wakaf
- bermmurah hati
Izzah begitu teruja dengan rancangan pembinaan Balai Raya Muhibah di kampungnya. Bapanya sebagai setiausaha telah menulis sepucuk surat memohon sumbangan kewangan daripada syarikat swasta. Balai raya ini akan dibina atas sebidang tanah wakaf hak milik seorang penduduk tempatan yang berbesar hati memberikan tanahnya. Penduduk kampung berharap, syarikat tersebut bermurah hati menghulurkan derma. Persatuan penduduk juga telah melantik urus setia untuk kelancaran projek ini. Semua penduduk kampung memberikan kerjasama dan berterima kasih kepada pihak yang terbabit.
No comments:
Post a Comment