DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, October 19, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : JUADAH PERPADUAN | HALAMAN 87

 



KEMAHIRAN BAHASA

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


STANDARD KANDUNGAN
1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.  


STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Mendengar dan menonton dokumentari.
Menceritakannya semula.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menceritakan perkara yang didengar dan ditonton dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengalaman berkunjung ke bazar ramadhan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat yang diberikan tentang Juada Perpaduan.
3. Murid dibimbing mendengar dan menonton dokumentari. (KBAT)
4. Murid dibimbing menceritakan perkara yang didengar dan ditonton dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid ditunjukkan beberapa video dokumentari melalui You Tube.
7. Setiap kumpulan diminta bercerita perkara yang didengar dan ditonton dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, ekspresi yang sesuai. (PAK 21) 
8. Murid meneliti gambar dalam BAM PKJR m/s 17.
9. Murid membina ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan frasa dan penanda wacana yang diberikan.
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Malaysia mempunyai keunikan kerana terdiri daripada pelbagai kaum misalnya, Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-masing. Salah satu aspek yang menyumbang kepada keistimewaan masyarakat Malaysia ialah makanan.

        Pada bulan Ramadan, banyak bazar Ramadan yang didirikan untuk memberi peluang kepada peniaga berniaga dan penduduk mendapatkan makanan yang telah siap dimasak. Bazar Ramadan ini bukan hanya dikunjung oleh penganut Islam, malah turut menjadi pilihan masyarakat lain untuk mendapatkan juadah kegemaran.

    Selain itu, tempat menjamu selera seperti restoran, warung, kedai kopi dan sebagainya telah menjadi tempat pertemuan masyarakat berbilang kaum. Mereka berkumpul, bermesra sambil menikmati hidangan yang sama. Setiap kaum juga amat prihatin tentang makanan yang tidak boleh dimakan oleh sesuatu kaum. Contohnya bila sesuatu perayaan tiba, setiap kaum akan mengunjungi rakan mereka yang berbeza agama. Namun begitu, makanan yang dihidangkan bersesuaian dengan agama kaun tersebut.

     Malaysia terkenal dengan pelbagai juadah yang enak dan digemari oleh semua kaum. Makanan ini telah menjadi identiti masyarakat Malaysia. Antara makanan tradisi orang Melayu namun dinikmati oleh semua kaum di Malaysia ialah nasi lemak.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA