DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN | HALAMAN 91

 



KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menghasilkan puisi dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan dan mempersembahkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami gambar rajah serta bahan rangsangan yang diberikan.
3. Murid dibimbing menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mempersembahkan sajak dengan gaya yang kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun. (PAK 21)
7. Setiap kumpulan mempersembahkan sajak yang dihasilkan dengan gaya yang kreatif.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Perpaduan,
Menjadi simbolik kekuatan Negara,
Seperti sejenis persahabatan yang tak terungkap,
Dengan perkataan, senyuman , lambaian,
Dan mesranya perhubungan.

Melayu, India dan Cina,
Walaupun kita berbeza rupa, agama dan bangsa,
Biar tak sama budaya dan lenggoknya,
Namun kita seia sekata,
Bersatu hidup hidup sepakat,
Bersama-sama menuju cita-cita,
Memacu pembangunan Negara.

Perpaduan itu,
Seperti sejenis ikatan persaudaraan,
Seperti seberkas lidi tidak mudah patah,
Meski budaya kita berbeza,
Tak kira bangsa berpadu tenaga
Satu gagasan satu harapan.

Kita bina negara atas nama perpaduan,
Membentuk ikatan keakraban,
Mengorak langkah menuju kejayaan,
Hidup sentosa maju negara.


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA