TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK: Persembahan Awang Batil
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti kata ganda separa.
Menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengenal pasti kata ganda separa dan menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa dengan mengikut format yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
1. Murid membaca dan memahami tentang Persembahan Awang Batil.
2. Murid dibimbing memahami kata ganda separa. (KBAT)
3. Murid dibimbing menulis surat dengan menggunakan kata ganda separa. (PBD)
4. Murid mengenal pasti kata ganda separa dalam petikan dan menyenaraikannya dalam buku latihan.
5. Murid menjalankan tugasan individu untuk menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa untuk menceritakan pengalaman menonton persembahan Awang Batil.
2. Murid yang terpilih diminta membaca surat yang ditulis di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan
Kata Ganda Separa
- tertanya-tanya
- kemerah-merahan
- besar-besaran
- tetamu
- lelaki
- mengetuk-ngetuk
- dongeng-dongengan
- digesek-gesek
- memukul-mukul
- gemuruh
- bbersalam-salaman
- kenang-kenangan
- Adik masih tertanya-tanya adakah mahu menerima tawaran itu.
- Lelaki yang berbadan besar itu ialah abang saya/
- Mukanya kemerah-merahan menahan malu apabila dimarah oleh wanita itu.
- Pada pagi raya, kami sekeluarga bersalam-salaman.
- Ramai tetamu yang hadir pada hari ini.
- Abdul mengetuk-ngetuk pintu rumahnya dengan kuat.
- Majlis kahwin anak Pak Samad diadakan secara besar-besaran.
No comments:
Post a Comment