UNIT
23 : Usahawan Berjaya
TOPIK
Pengusaha Hotel Kucing
KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera
STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca bahan serta menyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya melengkapkan peta pemikiran untuk menyatakan ilmu dan nilai serta mempersembahkannya dengan gaya yang menarik.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengalaman berkunjung ke Hotel Kucing.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami isi kandungan dialog tentang “Pengusaha Hotel Kucing”.
3. Murid dibimbing membaca dan menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid berbincang untuk menyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak dengan menggunakan peta pemikiran. (PAK 21)
1. Setiap kumpulan mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk dengan gaya yang menarik.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
No comments:
Post a Comment