TEMA 4 : PERPADUAN
UNIT 10 : Langkah Perpaduan
TOPIK : Bermula di Bangku Sekolah
KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menghasilkan penulisan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengedit dan memurnikan teks pidato dari aspek penggunaan imbuhan dan kata.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengedit dan memurnikan teks pidato dari aspek penggunaan imbuhan dan kata dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami teks pidato yang bertajuk “Bermula di Bangku Sekolah”.
3. Murid dibimbing mengedit dan memurnikan kesalahan bahasa dari aspek penggunaan imbuhan dan kata. (KBAT)
4. Murid menyenaraikan kesalahan penggunaan imbuhan dan kata berpandukan teks dalam buku latihan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti mengedit dan memurnikan teks pidato dari aspek penggunaan imbuhan dan kata. (PAK 21)
1. Setiap kumpulan membaca teks pidato yang telah diedit dan dimurnikan di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Jawapan
No comments:
Post a Comment