TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK : Seni Kain Baraburu
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang penghasilan kain baraburu.
3. Murid dibimbing memahami kata ganda berentak. (KBAT)
4. Murid dibimbing menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Murid berbincang untuk menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak. (PAK 21)
7. Setiap wakil kumpulan diminta membaca cerita yang ditulis dengan menggunakan kata ganda berentak dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
No comments:
Post a Comment