TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara
TOPIK : Adab Berkunjung
KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif d
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami poster mengenai adab kunjung-mengunjungi.
3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang adab lain yang dapat memberikan keselesaan kepada tuan rumah. Murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PAK 21)
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
Adab berkunjung
Kunjung - mengunjungi adalah antara amalan mulia yang perlu diamalkan oleh generasi muda.
Antara adab lain yang perlu diamalkan semasa berkunjung ke rumah saudara- mara, rakan dan jiran tetangga ialah kita haruslah memakai pakaian yang kemas, bersih dan menutup aurat. Selain itu, kita juga haruslah memastikan mereka terima kita sebagai tetamu. Jaga pertuturan kita ketika bercakap sebagai tanda kita menghormati dan menyenangkan tuan rumah. Akhir sekali, janganlah kita terlalu lama bertamu di rumah tuan rumah. Ini akan membuatkan tuan rumah tidak selesa atau dikhuatiri mengganggu perancangan awal tuan rumah.
No comments:
Post a Comment