UNIT
23 : Usahawan Berjaya
TOPIK
Usahawan Telur Asin
KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai situasi.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mendengar ujaran dan mengecam sebutan.
Menyebut ujaran itu semula.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mendengar dan menyebut semula ujaran yang didengar dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti dialog situasi 1 dan situasi 2 serta gambar rajah.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami dialog situasi 1 tentang “Usahawan Telur Asin”.
3. Murid dibimbing mendengar dan mengecam sebutan berdasarkan bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menyebut ujaran semula dalam pelbagai situasi. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid memainkan peranan melakonkan semula situasi 1 dan situasi 2 dengan menyebut ujaran semula dengan betul dan mudah difahami. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.