RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : KESELAMATAN
TOPIK : INDAHNYA KEMESRAAN
Standard Kandungan :
4.1 Mengaplikasikan unsuur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Bercerita dan mengunjarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dan mengunjarkan dialog dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua peribahasa dan bahasa yang santun dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami simpulan bahasa dalam teks.
- Murid mengunjarkan dialog mengandungi peribahasa.
- Murid mengunjarkan cerita mengandungi peribahasa berdasarkan empat gambar diberi.
Aktiviti
- Murid bersoal jawab tentang majlis perkhawinan yang dihadiri. (suasana/aktiviti/perasaan)
- Murid membaca dan meneliti dialog dalam bahan. ( Buku Teks ms.79)
- Murid dibimbing memahami maksud simpulan bahasa dalam teks.
- Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti peribahasa dan bahasa santun yang sesuai bagi setiap gambar diberi dalam bahan. Murid membentangkan tugasan.
- Murid mengikut kumpulan mengunjarkan dialog 'sebelum pulang'. (Lima watak) kemudian, murid mengunjarkan dialog 'setibanya di rumah' (tiga watak) menggunakan peribahasa dan bahasa sopan yang telah dibentangkan.
- Murid menulis peribahasa dalam bahan dan maksudnya dalam borang grafik.
CADANGAN JAWAPAN
AYAT CONTOH
Gambar 1
- Persembahan tarian zapin menjadi halwa mata untuk tetamu yang hadir.
Gambar 2
- Pasangan pengantin yang cantik bagaikan pinang dibelah dua bersanding di pelamin.
Gambar 3
- Sebelum pulang, tetamu diberikan bunga telur sebagai tanda mata.
No comments:
Post a Comment