DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : BUBUR LAMBUK PERPADUAN | MEMBACA | HALAMAN 82 & 83

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : PERPADUAN

TOPIK : BUBUR LAMBUK PERPADUAN

Standard Kandungan : 

2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:

2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca sekurang-kurangnya empat perenggan teks cerpen dan dua catatan dengan sebutan betul dan gaya penyampaian yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami teknik membaca cerpen dan catatan.
2. Murid membaca empat perenggan cerpen dan dua perenggan catatan dengan penyampaian yang menarik.

Aktiviti


1. Murid bersoal jawab tentang bubur lambuk. (dapat di mana/ bahan dalam bubur lambuk)
2. Murid membaca senyap teks cerpen dan catatan ( Buku Teks ms 82 & 83)
3. Murid dibimbing membaca teks cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
4. Murid membaca cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
5. Murid lain akan menilai bacaan rakan mereka dengan memberi skor pada borang penilaian.
6. Murid yang membaca cerpen dan catatan dengan penyampaian terbaik diminta mempersembahkannya semula.

CADANGAN JAWAPAN 

1. Bubur lambuk ini dinamakan “Bubur Lambuk Perpaduan” kerana baik dari penyediaan bahan masakan sehinggalah pengagihan bubur itu semuanya dibuat secara bergotong-royong, tidak mengira agama, bangsa dan kaum.

2. Bubur lambuk ini dimasak di Balai Raya Kampung Seri Cempaka.

3. Pak Osman mendapat sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan atau wang daripada penduduk kampung.

4. a) beras

   b) santan

   c) sayur

  d) lauk/ayam/daging/ikan bilis

5. Pada pendapat saya, program ini patut diteruskan setiap tahun. Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat.Program ini juga bukan sahaja eratkan perpaduan , tetapi semangat setiakawan juga terjalin.

klik gambar untuk maklumat lanjut


No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA