RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : PERPADUAN
TOPIK : MERIAHNYA PERAYAAN
Standard Kandungan :
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
Standard Pembelajaran:
4.2.1 Melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuuai serta menyatakan idea keseluruhan syair.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh melagukan dua rangkap syair dan menyatakan maksud keseluruhan syair dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid melafazkan syair.
- Murid melagukan dua rangkap syair.
- Murid menyatakan maksud keseluruhan syair.
klik link untuk menonton https://openyoutu.be/FQFR9jeI9Ws?si=nVoe0wSspiw_F4Ox
Aktiviti
- Murid menyatakan jenis puisi yang dibaca oleh guru.
- Murid meneliti dan membaca rangkap syair. (Buku Teks ms 85)
- Murid mendengar rakaman audio melagukan syair.
- Murid dibimbing melagukan mengikut audio yang diperdengarkan.
- Murid melafazkan dan melagukan syair secara berpasangan mengikut kreativiti mereka. Rakan-rakan lain akan memberikan satu hingga lima bintang atas persembahan yang diberikan.
- Murid bersama pasangan menyatakan rumusan keseluruhan syair melalui dialog seperti dalam bahan.
- Pelagu syair terbaik diberi peluang melagukan syair seklai lagi di hadapan kelas.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment