RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : PERPADUAN
TOPIK :INFO PERPADUAN
Standard Kandungan :
1.1 Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.
Standard Pembelajaran:
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi ujaran yang terdapat dalam situasi formal.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat memberikan satu respons terhadap maklumat dengan baik secara bertatsusila.
Kriteria Kejayaan:
Murid memahami maklumat diberi.
Murid memberi respons terhadap pertanyaan untuk menyampaikan maklumat.
Aktiviti
- Murid menyatakan sukan yang mereka minati.
- Murid membaca dan memahami dialog. (Buku Teks ms. 87)
- Murid dibimbing mendengar dan memahami maklumat yang disampaikan.
- Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan dialog untuk memberi respons terhadap maklumat dalam situasi formal.
- Murid melakonkan dialog dengan memberikan respon terhadap maklumat.
- Permainan antara kumpulan. Murid kumpulan A mendengar maklumat yang diberi oleh guru. Murid kumpulan A pergi kepada Kumpulan B untuk menerangkan maklumat yang diperoleh. Kemudian Murid kumpulan B pergi pula ke kumpulan C menerangkan maklumat.
- Guru memastikan sama ada maklumat yang diberi masih menepati.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment