RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : PERPADUAN
TOPIK : RAIKAN BUDAYA KITA
Standard Kandungan :
2.1 Asas membaca dan memahami.
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dengan baik dan memberikan respons terhadap idea tersurat dan tersirat dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca dan memahami teks.
- Murid menyatakan maklumat tersurat dan tersirat.
- Murid memberi dua respons terhadap bahan.
Aktiviti
- Murid menyatakan pengalaman pergi ke karnival. (nama karnival/ apa yang dilihat/ suasana)
- Murid meneliti poster Karnival Kesenian dan Kebudayaan 2021. (Buku Teks ms 88)
- Murid dibimbing membaca dan memahami maklumat tersurat yang terdapat dalam poster.
- Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat tersurat dan mencari maklumat tersirat yang terdapat poster dalam kertas putih.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid memberikan respons melalui lakonan menggunakan maklumat tersurat dan tersirat dan gambar yang diberi.
- Murid menulis dialog dalam format penulisan untuk memberikan respons.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment