RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : KESELAMATAN
TOPIK : KESELAMATAN SIBER DALAM PERCUTIAN
Standard Kandungan :
3.3 Menghasilkan penulisan.
Standard Pembelajaran:
3.3.2. Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan sekurang-kurangnya sembilan daripada sebelas kesalahan dalam perenggan tiga hingga empat teks daripada segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dengan betul.
Kriteria Kejayaan:
- Murid mengedit dan memurnikan kesalahan dalam perenggan satu.
- Muird mengedit dan memurnikan sebelas kesalahan dalam tiga perenggan yang diedit.
- Murid menghasilkan penulisan cerita.
Aktiviti
- Murid menyatakan tempat-tempat yang pernah mereka lawati.
- Murid membaca petikan "Keselamatan Siber dalam Percutian". (Buku Teks ms.66)
- Murid dibimbing mengedit teks dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dalam teks. (Bercetak warna merah.)
- Murid dalam kumpulan berbincang untuk mengedit dan memurnikan perenggan pertama dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan.
- Membentang tugasan.
- Murid mengedit dan memurnikan perenggan dua hingga empat dari segi ejaan , tanda baca dan imbuuhan dan menulisnya dalam buku tulis.
- Murid menyemak perenggan yang diedit berdasarkan kesalahan dalam teks yang disebut oleh guru.
CADANGAN JAWAPAN
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment