RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : PERPADUAN
TOPIK : PANGGUNG PERPADUAN
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks.
i. kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
- Murid mengeenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
- Murid membina lapan ayat menggunakan kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
Aktiviti
- Murid bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman menghadiri mesyuarat di sekolah.
- Murid diberi penjelasan tentang kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
- Murid membaca dan meneliti teks dialog. (Buku Teks ms. 92)
- Murid dibimbing mengenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap yang terdapat dalam teks.
- Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap yang terdapat dalam dialog dan mengkategorikan dalam peta pokok.
- Setiap kumpulan mempamerkan tugasan. Rakan lain membuat jelajah galeri.
- Murid membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dalam buku tulis.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment