RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : MURID MISALI
Standard Kandungan :
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secra kreatif.
Standard Pembelajaran:
4.3.1 Mengubah suai puisi dengan bahasa yang indah dan santun secara berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai sebelas frasa dalam rangkap gurindam dan mempersembahkan dengan gaya yang menarik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca rangkap gurindam.
- Muurid mengubah suai gurindam dengan sebelas frasa yang sesuai.
- Murid melagukan gurindam secara berpasangan.
Aktiviti
- Murid menonton video gurindam.
- Murid membaca rangkap gurindam (Buku Teks ms. 101)
- Murid mendengar rakaman audio gurindam Asnita.
- Murid melagukan gurindam Asnita mengikut audio yang diperdengarkan.
- Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai perkataan berwarna biru dalam gurindam dengan memilih frasa baru yang sesuai.
- Murid secara berpasangan melagukan gurindam Asnita.Rakan lain membberikan bintang bagi persembahan tersebut.
- Murid menulis seloka yang telah diubah suai dalam buku tulis.
CADANGAN JAWAPAN
Apabila peribadi dipuji rakan,
Tandanya kita suri teladan.
Tandanya kita suri teladan.
Apabila tersematnya jati diri,
Bakallah hebat disiplin disuburi.
Murid yang berjiwa murni,
Ibarat bintang malam gemilang.
Murid yang menjadi ikutan,
Bagaikan denai di tengah hutan.
Apabila hidup membantu insani,
Tanda diri berjiwa murni.
Apabila suka menabur jasa,
Kejayaan tiba tak kira masa.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment