RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : ANAK WATAN BERJAYA
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks.
i. kata majmuk kiasan
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk kiasan dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami kata majmuk kiasan.
- Murid mengenal pasti sebelas kata majmuk kiasan dalam teks.
- Murid membina lapan ayat menggunakan kata majmuk kiasan.
Aktiviti
- Murid bersoal jawab tentang cita-cita mereka dan kejayaan yang hendak dicapai.
- Murid diberi penjelasan tentang kata majmuk kiasan.
- Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 102)
- Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata majmuk kiasan dan mencatat pada peta buih.
- Setiap kumpulan mempamerkan tugasan. Rakan lain membuat jelajah galeri.
- Murid menyatakan makna bagi kata majmuk kiasan yang diperoleh dengan bantuan guru.
- Murid membina lima ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dalam buku tulis.
CADANGAN JAWAPAN
Kata majmuk kiasan
1. rendah hati 8. buah mulut
2. ringan tangan 9. hidung tinggi
3. ada hati 10. membuka mata
4. beradu nasib 11. halwa telinga
5. makan gaji 12. tangan terbuka
6. batu loncatan 13. lupa daratan
7. membanting tulang 14. anak dagang
Bina ayat,
1. Sikap ringan tulang menjadikann Akif senang didekati oleh rakan-rakannya.
2. Setelah dia berjaya menjadi pegawai , Shukri telah lupa daratan asal usulnya .
3. En Daud makan gaji di sebuah syarikat perkapalan.
4. Farid ada hati untuk memikat gadis jelita itu.
5. Perbuatannya itu telah menjadi buah mulut orang kampung.
6. Keluarga Sakinah menerima kedatangan kami sekeluarga dengan tangan terbuka.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment