RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK
Standard Kandungan :
2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan mulmedia.
Standard Pembelajaran:
2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat petikan dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca dan memahami teks poster.
- Murid membuat pertimbangan dan memilih satu tajuk video.
- Menyatakan alasan atas keputusan dibuat.
Aktiviti
- Murid menonton video pendek.
- Murid membaca dan meneliti poster. (Buku Teks ms. 104)
- Murid dibimbing membaca tajuk poster dan syarat-syarat pertandingan serta tajuk video pendek yang boleh disertai.
- Murid dalam kumpulan (tiga orang) berbincang untuk membuat pertimbangan memilih tajuk video dan alasan mereka memilih tajuk video yang dipilih.
- Murid menyatakan pilihan mereka dan alasan memilih tajuk video melalui lakonan.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment