RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : MARI KITA CERIAKAN
Standard Kandungan :
3.2 Menulis perkataan , frasa dan ayat yang bermakna.
Standard Pembelajaran:
3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengimlak empat daripada lima perenggan dalam teks prosa yang dibaca oleh guru tanpa kesalahan.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca dua kali perenggan teks.
- Murid mengeja lapan perkataan sukar dalam teks.
- Murid mengimlak lima perenggan teks prosa.
Aktiviti
- Murid menyatakan negara pilihan mereka jika diberi peluang belajar ke luar negara.
- Murid membaca dan meneliti teks rencana siswa. (Buku Teks ms. 112)
- Murid membaca kuat mengikut kumpulan masing-masing.
- Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan sukar dalam petikan. (Contoh; perangkaan, pembiayaan, biasiswa, komuniti, beraspirasi, diperantauan, warganegara, menguar-uarkan)
- Murid mengimlak empat teks prosa yang dibaca oleh guru.
- Murid secara berpasangan menyemak teks yang diimlak dengan merujuk teks.
- Murid membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menyalin semula perenggan yang terdapat kesalahan.
No comments:
Post a Comment