RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : MARI KITA CERIAKAN
Standard Kandungan :
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh :
i. membaca kuat teks dengan intonasi yang sesuai.
ii. membuat ssatu rumusan dalam satu perenggan dengan baik.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca kuat teks.
- Murid melengkapkan peta pokok.
- Murid menulis satu rumusan tentang kandungan teks.
Aktiviti
- Murid menonton video penyampaian pidato https://www.youtube.com/watch?v=GtEMNcZpD_I
- Murid membaca senyap petikan pidato dan pantun dalam teks.
- Murid membaca kuat teks pidato dengan gaya. Setiap murid membaca dua atau perenggan secara bersambung.
- Murid bersoal jawab tentang isi kandungan teks pidato.
- Murid mendengar rakaman audio pantun.
- Murid melafazkan pantun secara berasingan.
- Murid menyatakan nilai atau pengajaran daripada pantun yang dilafazkan.
- Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat pada peta pokok.
- Murid membentangkan tugasan dan membuat rumusan tentang isi kandungan teks.
klik link untuk menonton -----> https://openyoutu.be/AdQc2cso67k?si=KbgV_xH7dkNWmjog
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment