DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : RAKAMAN DARI UDARA | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 127

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TOPIK : RAKAMAN DARI UDARA 

Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita ddan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita sekurang-kurangnya tiga daripada empat peranan dron berdasarkan gambar dengan sebutan dan intonasi dan gaya yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maklumat tentang peranan dron.
  2. Murid bercerita empat peranan dron berdasarkan gambar.

Aktiviti
  1. Murid menonton video dron.
  2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dalam teks.
  3. Setiap kegunaan dron ditampal pada empat sudut dalam kelas.Murid membuat jelajah galeri membaca dan mencatat maklumat berkaitan.
  4. Murid dibimbing bercerita tentang dron.
  5. Murid bercerita tentang kegunaan dron berdasarkan maklumat yang dibaca dan dicatat.
  6. Murid mencatat kegunaan dron dalam peta pokok dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara. 

            Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.

            Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.            

              Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA