RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TOPIK : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH
Standard Kandungan :
3.3 Menghasilkan penulisan
Standard Pembelajaran:
3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca , penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan dengan betul sekurang-kurangnya tiga belas daripada enam belas kesalahan ejaan, tanda baca dalam teks.
Kriteria Kejayaan:
- Murid membaca kuat teks.
- Murid mengenal pasti 16 kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
- Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.
Aktiviti
- Murid menyatakan binaan yang berteknologi tinggi di Malaysia.
- Murid membaca dan meneliti buku teks. (Buku Teks ms. 130)
- Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan pada perenggan pertama dan kedua teks.
- Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam perenggan tiga dan empat dan mencatatnya dalam kertas putih.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid mengenal pasti ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam pernggan lima hingga tujujh.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalam buku tulis.
- Murid dan rakan mereka menyemak tugasan semasa guru membaca teks dan mengedit kesalahan.
klik gambar untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment