DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, February 18, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KITA TETAP BERSAHABAT | TATABAHASA | HALAMAN 80

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : KITA TETAP BERSAHABAT

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.
    iii. kata berimbuhan apitan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. melengkapkan lapan kata berimbuhan apitan dalam teks dengan betul.
i. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memberikan 10 kata berimbuhan apitan.
  2. Murid melengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan.
  3. Murid menulis lima ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan apitan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang cara mengeratkan persahabatan.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan apitan.
  3. Murid dalam kumpulan mencatat sepuluh contoh kata berimbuhan apitan pada peta buih,
  4. Murid mempamerkan tugasan.
  5. Murid membaca dan memahami teks. (Buku Teks ms.80)
  6. Murid menulis teks perenggan dua hingga empat dalam buku tulis dengan melengkapkan kata berimbuhan apitan.
  7. Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan diberi

CADANGAN JAWAPAN

Tujuan saya mengirim e-mel ini adalah untuk bercerita tentang aktiviti memupuk perpaduan di sekolah saya. Antara programnya termasuklah pertandingan drama muhibah, larian sehati sejiwa, malam kebudayaan dan sukaneka perpaduan. Program itu untuk melahirkan peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan.
        
        Setiap aktiviti dan penyertaan dalam sesebuah pasukan perlu melibatkan murid berbilang kaum. Pihak sekolah juga mengundang sebuah kumpulan kebudayaan dari Sarawak dan Sabah. Mereka beraksi untuk memeriahkan malam kebudayaan. Seperti kata pemimpin, rakyat mestilah bertoleransi dan mengelakkan perpecahan. Pada hari itu, peserta saling bersalaman dan bermaafan. 
        
        Semangat kekitaan jelas kelihatan melalui program itu. Program itu dapat memupuk semangat perpaduan dan perkembangan bakat kerana budaya yang diwarisi bangsa perlu diraikan agar sentiasa subur. 
       
         Akhir kata, saya berharap agar saudara juga sudi menceritakan aktiviti perpaduan di sana. Kita patut mensyukuri nikmat muhibah di negara kita. Saya berharap semoga tali persaudaraan kita terus terjalin. Walaupun jauh di mata, dekat di hati. Kita tetap bersahabat.
Sekian, terima kasih. 


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : INDAHNYA KEMESRAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 79


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : INDAHNYA KEMESRAAN


Standard Kandungan : 

4.1 Mengaplikasikan unsuur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.


Standard Pembelajaran:

4.1.1 Bercerita dan mengunjarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dan mengunjarkan dialog dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua peribahasa dan bahasa yang santun dengan baik.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami simpulan bahasa dalam teks.
  2. Murid mengunjarkan dialog mengandungi peribahasa.
  3. Murid mengunjarkan cerita mengandungi peribahasa berdasarkan empat gambar diberi.
Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang majlis perkhawinan yang dihadiri. (suasana/aktiviti/perasaan)
  2. Murid membaca dan meneliti dialog dalam bahan. ( Buku Teks ms.79)
  3. Murid dibimbing memahami maksud simpulan bahasa dalam teks.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti peribahasa dan bahasa santun yang sesuai bagi setiap gambar diberi dalam bahan. Murid membentangkan tugasan.
  5. Murid mengikut kumpulan mengunjarkan dialog 'sebelum pulang'. (Lima watak) kemudian, murid mengunjarkan dialog 'setibanya di rumah' (tiga watak) menggunakan peribahasa dan bahasa sopan yang telah dibentangkan.
  6. Murid menulis peribahasa dalam bahan dan maksudnya dalam borang grafik.

CADANGAN JAWAPAN


AYAT CONTOH
Gambar 1
- Persembahan tarian zapin menjadi halwa mata untuk tetamu yang hadir.

Gambar 2
- Pasangan pengantin yang cantik bagaikan pinang dibelah dua bersanding di pelamin.

Gambar 3
- Sebelum pulang, tetamu diberikan bunga telur sebagai tanda mata.


klik ganbar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH | MENULIS | HALAMAN 78

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH

Standard Kandungan : 

3.3 Menghasilkan penulisan


Standard Pembelajaran:

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dengan betul lima kesalahan penggunaan kata dan kesalahan struktur ayat dalam teks dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid membaca kuta teks.
  2. Murid mengedit lima kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat.
  3. Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman pergi berkhemah.
  2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms.78)
  3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat pada perenggan pertama.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan mengeditnya serta mencatatnya pada kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid mengenal pasti kesalahan struktur ayat dalam teks.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalm buku teks.
  7. Murid dan rakan mereka menyemak tugasan mereka semasa guru membaca teks dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam teks.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA