RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : MARI KITA CERIAKAN
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.
i. kata ganda separa
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. menulis lapan kata ganda separa mengikut dalam peta dengan betul.
ii. membina lapan ayat menggunakan kata ganda separa diberi dengan betul.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami kata ganda separa.
- Murid menulis lapan kata ganda separa ikut kategori.
- Murid membina lapan ayat menggunakan kata ganda separa.
Aktiviti
- Murid bersoal jawab tentang aktiviti menyambut bulan kemerdekaan di sekolah mereka.
- Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 108)
- Murid diperjelas tentang kata ganda separa berdasarkan teks penerangan 1 dan 2.
- Murid dibimbing mengenal pasti kata ganda separa dalam teks penerangan 3 dan 4.
- Murid dalam kumpulan berbincang menulis lapan kata ganda separa yang tiada dalam teks mengikut kategori dalam peta pokok.
- Murid membentang tugas.
- Murid membina ayat menggunakan kata ganda penuh yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
CADANGAN JAWAPAN
Kata Ganda Separa Tunggal
pepondok , bebenang, dedawai, lelangit, gegantung
Kata Ganda Separa Awalan
bantu-membantu, kunjung-mengunjung, setinggi-tinggi
Kata Ganda Separa Akhiran
barang-barangan , kenang-kenangan
Kata Ganda Separa Imbuhan Apitan
kemerah-merahan, kekuning-kuningan, kebiru-biruan
Bina Ayat
1. Dedawai pagar yang memagari sekolah dicat dengan warna putih dan merah.
2. Pada hari raya, saudara-mara mengadakan aktiviti kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
3. Kakak mengambil gambar di lapangan terbang untuk dijadikan kenang-kenangan sebelum berlepas ke London.
4. Bangunan pejabat itu diwarnakan kebiru-biruan mengikut warna pada Jalur Gemilang.
5. Bebenang skru pada basikal itu telah haus.
6. Kita haruslah bantu membantu antara satu sama lain
klik gambar untuk maklumat lanjut