DROPDOWN MENU

SLIDER



Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Sunday, November 5, 2023

RM50,000 SEBAGAI GURU TERBAIK MALAYSIA



Cikgu Nazmi Rosli, dari Sarawak, memenangi penghormatan tertinggi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada majlis Malaysia Teacher Prize 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 November 2023.

Nazmi, guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas, dipilih atas usahanya menjadikan pelajarannya menarik dengan memperkenalkan pengalaman hidup biasa, seperti memasuki kedai dobi atau menaiki pesawat, di dalam kelas dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.
Beliau juga telah menggunakan bahan kitar semula dan filem pendek untuk menjadikan pelajarannya lebih menarik.

Sebagai perintis Kelab Filpen (kelab filem pendek), Nazmi berkata, dia turut memberi peluang kepada pelajarnya mengekspresikan diri menerusi pembikinan filem pendek termasuk Teether yang diterima di festival filem Horror Unleashed di Portugal.

Mengulas kemenangannya, Nazmi memberitahu Bernama dia amat bersyukur kerana kegigihannya akhirnya membuahkan hasil.


“Bagi saya, platform ini adalah peluang untuk bukan sahaja berkongsi kisah kehidupan seharian kita sebagai pendidik, tetapi juga untuk menyerlahkan punca matlamat hidup kita, di dalam dan di luar bilik darjah.”


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan anugerah itu kepada Nazmi.
Beliau berkata kementerian komited untuk merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Tumpuan utama sekarang ialah membaiki sekolah usang, katanya.





Wednesday, August 16, 2023

EDUFLUENCER PERAK 2023 #eduflencerperak
















maklumat lanjut di

PERJALANAN GEMILANG : 13 TAHUN DEDIKASI SEBAGAI GURU (16 OGOS 2023)



Genap 13 tahun (16 Ogos 2023)

Sekian lama sudah perjalanan ini berjalan. Dengan perasaan yang bercampur baur, LinnZack merayakan 13 tahun perkhidmatan sebagai seorang guru. Perjalanan yang penuh warna-warni pengalaman, rintangan, dan kebahagiaan. Setiap hari membawa pelbagai kejutan, menjadikan pengalaman ini semakin bermakna.

tahun 2010


Mula-mula menjalani kerjaya ini, LinnZack hanya seorang yang penuh semangat dan semakin hari semakin matang dalam melangkah. Terbuka pintu ruang kelas adalah saat-saat berharga yang memberikan peluang bagi LinnZack untuk memberikan ilmu dan menginspirasi generasi muda. Seiring berjalannya waktu, pelbagai kisah indah dan kenangan manis bersama murid menjadi satu koleksi yang tidak ternilai.



tahun 2010


Namun, dalam setiap perjalanan pasti ada rintangan. LinnZack menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan - dari kesulitan dalam mendekati murid ang berbeza-beza, hingga menghadapi tuntutan kurikulum yang terus berkembang. Tetapi, dengan dedikasi yang teguh dan semangat untuk terus belajar, LinnZack mampu mengatasi setiap halangan dan menjadi lebih baik dalam membimbing murid menuju ke arah kejayaan.


tahun 2010

Tidak hanya dalam kelas, LinnZack juga berperanan sebagai teman, penasihat, dan inspirasi bagi murid. Mengetahui bahawa LinnZack dapat memberi pengaruh positif dalam hidup mereka adalah satu pencapaian besar. 

gambar terkini (2023)

Tidak terasa, 13 tahun perkhidmatan sebagai guru adalah suatu anugerah yang tiada tandingannya. LinnZack bersyukur atas kesempatan ini, dan semakin yakin bahawa setiap usaha dan pengorbanan telah memberikan impak yang besar dalam dunia pendidikan. Perjalanan ini mengajaf erti kesabaran, dedikasi, dan komitmen yang tidak tergantikan.


LinnZack ingin mengucapkan terima kasih kepada semua murid, rakan guru, dan pihak sekolah yang telah mendukung dan menjadi sebahagian perjalanan ini. Tanpa kerjasama dan semangat kolektif, pencapaian ini tidak akan tercapai. Teruslah berjuang untuk mencipta generasi yang cerdas, berbudi pekerti, dan siap menghadapi masa depan.




Dengan semangat dan harapan yang membara, insyaAllah LinnZack melangkah ke depan menuju perjalanan yang lebih panjang. LinnZack berkomitmen untuk terus memberikan yang terbaik bagi dunia pendidikan, membentuk generasi penerus yang unggul, dan meraih kebahagiaan dalam setiap langkah.


love
Simply being LinnZack

Sunday, January 22, 2023

SETIAP CIPTAAN-NYA, KEJADIAN-NYA BERSEBAB

 


Tahukah anda setiap ciptaan ALLAH SWT itu bersebab. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Imran ayat 190-191.

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal; 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,Maha suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Jadi apa sahaja Allah ciptakan, tentukan bukan sia-sia.Semuanya bersebab.

Lately pelbagai luahan dan keluh kesah lalu di wall Facebook LinnZack berkaitan isu MPPK 2023-2025. Ada yang positif dan ada yang sebaliknya.Sejujurnya LinnZack juga terdetik rasa yang sama. Dalam banyak-banyak luahan yang lalu. Ada satu yang menarik perhatian dan LinnZack bersetuju dengan coretan beliau.

Di sini LinnZack kongsikan.(copy and paste)

Pernah terjadi pada diri aku, tanpa diminta.. tanpa persediaan yang secukupnya… dilantik sebagai ketua jabatan.  Memang segenap alam mula ’bersuara’lah.. ada yang sumbang, ada yang menyokong, ada yang tak peduli. Maka, aku pikul tanggungjawab yang di amanah tersebut sebaik mungkin.. bukan nak membuktikan pada depa yang dok mengata sana sini tu.. Tapi takutnya aku pada Tuhan bila amanah yang dipertanggungjawabakan tu tak dilaksanakan sebaik-baiknya.  

Kita kan selalu takut dengan perkara yang kita tak tahu, perkara yang baharu atau perkara yang dipaksa untuk kita menerimanya.. jadi tak heranlah ada yang ’takut-takut’ akan kemampuan majlis ini tidak mampu memberi nasihat yang baik kepada KPM khususnya YB Menteri.  Lama aku dok fikir pasai MPPK ni, jadi aku cuba relate kan dengan pengalaman sendiri sahajalah.  Tuhan dah mengerakkan ia untuk berlaku atas sebab-sebab yang hanya Dia tahu.. Ingat dak? Tuhan kan ada cakap; 

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.  Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung).  Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”. 

Jom, kita sama-sama gunakan platform yang ada ini untuk menyampaikan segala pandangan dan cadangan yang ada, bukan semata keluh kesah yang mungkin tiada kesudahannya.  

All the best Datuk Dr Amin Senin! 




sumber: https://www.facebook.com/firdauz83

 

Sunday, January 1, 2023

MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL MALAYSIA | STILL COUNTING | TERUS MARA VROOOMMMMM #cikgulinnzack

 


2023
fasa rahsia DIA
Kita dapat
kita tahu
kita kongsi
kita manfaatkan

Biar tinggi kita berdiri jangan sampai mendongak langit
Biar jauh kita pergi jangan sampai yang disisi ternanti-nanti
Biar banyak landasan dilewati jangan sampai tinggal daki
Satu matlamat
Satu niat
Ia pasti



klik untuk menonton

Akademi Youtuber tidak sahaja membimbing guru-guru seluruh Malaysia menguasai ilmu penerbitan video di pelantar youtube semata-mata, untuk tahun 2023 ada misi yang lebih besar akan dijalankan untuk menggembur kreativiti para guru dengan penulisan di portal dan pengurusan domain .com sendiri.

Usaha ini dijangkakan akan memberikan lebih kebebasan kepada warga pendidik berkongsi apa saja isu, info yang berkaitan dengan dunia pendidikan yang dicintai.

Menyahut seruan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Haji Pkharudin Bin Haji Ghazali agar terus berbakti dan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk generasi masa hadapan maka idea yang pada mulanya kelihatan sukar untuk dicapai kembali bersinar apabila mendapat kata-kata semangat dalam persidangan Edufluencer, KPM baru-baru ini.

Alhamdulillah, pembukaan tahun 2023 dengan penglibatan 18 orang guru berstatus Edufluencer yang diiktiraf oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia dari Akademi Youtuber, kami terus mengorak langkah melahirkan lebih ramai guru yang bakal menjadi Edufluencer untuk tahun berikutnya. Sebagai bukti, untuk penampilan yang pertama terdapat lebih 50 domain baharu tersenarai untuk menjadi ejen perubahan dunia pendidikan digital di Malaysia. Kesemua pengendali adalah guru yang masih berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa akan menerbitkan artikel berkaitan pendidikan, membantu memudahkan penyampaian maklumat yang tepat daripada KPM dan memudahkan rakan-rakan guru.

Berikut senarai domain baharu pengkhususan kandungan pendidikan digital yang akan bertemu pengguna mulai Januari 2023 :

 

1. cikgusuffi.com @suffi

2. cikguling.com @CikguLing

3. cikgulinnzack.com @LinnZack

4. cikgueqa.com @CikguEqa

5. chekgulk.com @chekgulk

6. cikguahho.com @hoyensze

7. muallimahwan.com @MuallimahWan

8. ustazahrusni.com @Ustazah_Rusni

9. ustzhsalina.com @Ustazah_Salina

10. cikgumuktasim.com @muktasim

11. cikgujumrah.com @cikgujumrah13

12. madamzetty.com @ZatusyNaim

13. cikguamarkmca.com @AmarKMCA

14. cikguwashitah.com @mashitahsubri

15. cfusyamz.com @CfuSyamz

16. cikgupakmalau.com @pakmalaubowling

17. hudarohmat.com @HudaRohmat81

18. ustazahatikah.com @Nur_AtikahJamaludin

19. CikguZuly.com @hanyluz

20. ustazahazizah.com @azizah_ssp

21. cikguzalinabasir.com. @zalinabasir

22. tcermimaazlina.com @MimaAzlina

23. ustazahsuziwan.com @ustazahsuziwan

24. muallimhazar.com @MuallimHazar

25. shakhlizanashuib.com @shakhlizana

26. imazzmedia.com @Rahimahz77

27. nurhafidzahmd.com @Nurhafidzahmd

28. cikgurusma.com @RUSMAIBRAHIM

29. cikgueedarahim.com  @Cikgueedarahim

30. hidayatitahir.com @HidayatiTahir

31. rodziahlatif.com @rodziahlatif

32. ustazahshaza.com @Shaza_Maria

33. ustazahayuayob.com @NurRahayuAyob

34. enciksunan.com @sunan81

35. cikgurumainno.com @CikguRumainno

36. mrosmaya.com @Rosmaya70

37. channelcikguhidayah.com @cikguhidayah82

38. cikgunas.com @NasAdillah

39. cikgudhiya88.com @IzyanDhiya

40. cikguyusnida.com @yuyusnida

41. cikgusharifahainhistory.com

42. pokbai.com @pokbai

43. cghidayahyusoff.com @ NHidayahMYusoff

44. madamlim.com @suwan0922

45. cmkaizen.com  @cmkaizen

46. cikgusitijamiah.com. @SJH73

47. Cikgunorainiothman.com/ @CikguNorr

48. cikgunariza.com  @cikgunariza

49. anisahahmad.com @ANISAHahmad

50. ustazahsalasiah.com @Sal_Salla

51. tcerreen.com @TcerReen

52. uzhzuliana.com @zulianams

53. cikgunorazlin.com @nor_azlin

54. raziahanuar.com @YuRaziahAnuar

55. cikgurosymastura.com @rosymastura

56. cikguyuhanisah.com @Yuhanisah

57. madamfizi.com @MadamFizi

58. cikgumidah79.com @hamidah7879

59. madamvina.com @Savina2018

60. cikgushaframli.com @ShafRamli

61. cikguhana.com @Nurulhana2000

62. cikguwann.com @WNMishkat

63. cikguzulaida.com @Ayuzulaida

64. shelacome.com @muallimahshelacome

65. wanmahiah.com @WanMahiah

66. wannuraziyah.com @tina_wannoh

Semoga dengan kehadiran lebih ramai Youtuber Pendidikan dan Blogger Pendidikan ini dapat menyumbang lebih banyak konten ilmiah di media sosial, menjadikan dunia pendidikan digital di Malaysia meriah dan semoga mendapat sokongan daripada semua pihak.

Segala inisiatif pembangunan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan seterusnya menjadikan dunia pendidikan atau kerjaya sebagai seorang guru adalah kerjaya yang menyeronokkan dan mampu menarik minat lebih ramai untuk menjadi guru seterusnya menyumbang sesuatu untuk dunia pendidikan yang dicintai.

Untuk makluman semua, penglibatan setiap guru adalah atas inisiatif sendiri dengan sokongan pelbagai peringkat terutamanya PPD, JPN dan KPM sendiri yang menggalakkan guru-guru terus berkarya menerbitkan konten pendidikan untuk kegunaan ramai.

Terima kasih di atas sokongan semua pihak yang memberi sokongan dari pelbagai cara dan sudut untuk memastikan kami terus bersemangat menyumbang bakti dan keringat demi dunia pendidikan tercinta.

Tahniah Guru Hebat!

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

*Senarai di atas bersifat tidak muktamad dan jumlahnya dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa, sila berkunjung kembali untuk melihat senarai terkini yang telah dikemaskini.

sumber : https://www.cikgusuffi.com/

Thursday, December 22, 2022

TUAIAN KALI PERTAMA TANAMAN HLT SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU # hidroponik #cikgulinnzack

 



3 ASAS PENTING HIDROPHONIC LINK TECHNIQUE (HLT)


https://www.youtube.com/watch?v=nsI5fS7goxA









GURU DAN PSIKO #cikgulinnzack

Lately LinnZack suka membaca sesuatu yang membolehkan LinnZack "healing" daripada "burn out".

Bacaan yang mengelakkan diri daripada merentan dalam diam, mengenang nasib diri atau apa-apa yang membolehkan diri ni ter"jebak" dalam negative circle.

LinnZack tertarik dengan satu perkongsian ni di Facebook. Sebelum meneruskan pembacaan LinnZack Google dahulu. Hasil carian LinnZack di Kamus Bahasa Melayu [psi.ko]/[si.ko] | ڤسيکو  membawa maksud orang yg menderitai sakit (tekanan) jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Tak puas hati LinnZack google lagi dan LinnZack tertarik dengan yang ni.

" Psiko adalah seseorang dengan buah fikiran yang luar biasa dari fikiran normal. Psiko tidak sama dengan gila kerana pelakunya sedar sepenuhnya atas perbuatan yang dilakukan. Kebanyakan orang yang hebat biasanya termasuk dalam kategori psycho. 15-20% psycho terdiri dari golongan yang melakukan jenayah a.k.a criminal. Selebihnya adalah memiliki peribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. (klik sini for more)

Lepas baca tu rasa tenanglah sikit.Then LinnZack terus baca perkongsian di FB ni.

Disclaimer :
Perkongsian ini sekadar bahan bacaan LinnZack untuk sama-sama kita fikir dan renungkan.
Tidak menunding mana-mana pihak sama ada dunia realiti atau dunia kerajaan langit hijau ke tujuh.

Adakah guru kena PSIKO ?

1. Bila terbaca status Dr. Anuar Ahmad aku pun cnp (dgn sikit perubahan) senarai di bawah utk simpanan.

2. Memang guru tak buat semua ini serentak, tetapi ini adalah antara senarai yang guru perlu buat.

3. Kita sebagai ibu bapa perlu tahu betapa banyaknya kerja sampingan guru-guru di Malaysia yang AMANAH utamanya untuk mengajar anak-anak.

4. Percayalah, senarai sepanjang ini TIDAK BERLAKU di negara yang maju  pendidikannya, yang kita cuba belajar dari mereka. Mereka juga ada menyelia murid sedang makan misalnya tetapi semuanya termasuk dalam jadual waktu tanpa mencuri waktu PdP guru secara keterlaluan. Jika bawa murid explorasi keluarpun itu sebahagian PdP.

5. Malah guru di negara maju diberi kepercayaan dgn autonomi dan seorang pembantu guru lagi, dengan kelas yang kecil. Dengan autonomi ini, guru di negara maju bukannya bergoyang kaki, sebaliknya berusaha menyediakan PdP TERBAIK kerana ada accountability kepada mereka. Tenaga dan fikiran guru DI FOKUSKAN kepada PdP.

6. Ada juga guru di negara kita yang seronok boleh lakukan kerja-kerja luar kelas, meninggalkan murid diambil alih oleh guru lain. Malah mendapat pelbagai anugerah pula. Ini TIDAK BERLAKU di negara yang maju pendidikannya.

7. Percayalah juga, guru negara maju seperti AUSTRALIA tidak akan menjadi guru sukan untuk ke sana ke mari dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kerana sukan diserahkan kepada komuniti dan local authority. Bagi mereka, TUGAS UTAMA GURU ADALAH MENGAJAR.

8. Senarai panjang di bawah seperti menunjukkan kurangnya sensitiviti pengurusan pendidikan, melonggokkan pelbagai tugas sampingan kepada guru yang tanggungawab hakikinya adalah MENGAJAR.

9. Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan  'Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif' sambil mengayat 'Perlu ikhlas dalam mengajar' untuk mendapat 'Keberkatan gaji yang diterima' dan kalau tak suka 'Kenapa pilih jadi guru ?'.

10. Guru boleh sahaja buat tugas sampingan bagi melicinkan perjalanan sekolah tetapi makin lama makin kita 'take for granted' guru-guru ini seperti tiada empati dan mengganggu tugas hakiki. Ini sahaja persoalannya.....

1 E-Operasi

2 E-Pangkat

3 E-Prestasi

4 HRMIS

5 SPLG

6 E-Tukar

7 E-Profil

8 SPPBS

9 Psikometrik

10 E-SPTS

11 APDM

12 SPS

13 SAPS

14 SARANA IBU BAPA

15 Guru Penyayang

16 Mentor Mentee

17 Minda Sihat

18 L4

19 Konsep Kendiri

20 Pegawai Aset

21 TS25

22 e-Nilam

23 zoom A

24 EMIS

25 SSDM

26 SSQS

27 NKRA - LINUS

28 e-kehadiran

29 IQ-PSS

30 PROTIM

31 1M1S

32 Myspata

33 E-mateks for spbt

34 E-bulk for spbt

35 Ujian komptensi ICT

36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH 

37 juru foto untuk eviden

38 kira dan bahagi kotak susu

39 pegawai pengiring

40 pegawai library

41 penetapan etr / kpi setiap subjek

42 aktiviti persatuan

43 aktiviti sukan

44 aktiviti ko-akademik

45 kajian tindakan

46 spsk (Johor)

47 keceriaan kelas

48 latihan kebakaran & kecemasan

49 kem motivasi

50 kemaskini fail kurikulum

51 program susu sekolah

52 program pemulihan pengayaan

53 peka/pafa

54 pelaporan guru bertugas harian

55 program sekolah selamat

56 pelaporan kantin

57 persiapan padang dan balapan

58 program akses kendiri

59 program pecutan upsr/pmr/spm

60 kelas tambahan cuti sekolah

61 projek hikmah

62 galeria sekolah

63 pengurusan stok dan rekod

64 pengurusan panitia

65 sukan sekolah

66 kokurikulum unit uniform

67 koku permainan

68 koku kelab

69 temasya sukan daerah

70 temasya sukan negeri

71 temasya sukan kebangsaan

72 sukan antarabangsa

73 penandaarasan

74 guru kelas

75 ajk pibg

76 ajk kelab guru

77 ajk majlis2 rasmi jabatan dan kementerian

78 jurulatih utama

79 pengerusi teknik

80 penyelaras tahun

81 pengadil pertandingan

82 teknikal olahraga

83 guru pengiring 

84 cuci tandas pertandingan tandas

85 kutip sampah kitar semula

86 kutip sampah hari kanak2

87 pemantauan pdp

88 pemantauan rekod mengajar

89 buddy system

90 laporan prestasi

91 hari bertemu pelanggan

92 gubal, taip, cetak soalan

93 my portfolio 

94 kursus, taklimat, bengkel, seminar

95 mengurus murid sakit

96 buat modul

97 SU pelbagai program

98. Sediakan minit mesyuarat

99. Dan tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa... 

c&p 

FB: OT

Wednesday, November 30, 2022

WATCH AND LEARN #cikgulinnzack


Saya bukan pakar.
Saya sekadar berkongsi apa yang saya buat. 


Menarik perhatian murid di dalam kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) sentiasa menjadi cabaran kepada guru. Pelbagai kaedah , strategi digunakan oleh guru bagi memastikan PdP yang dirancang berjalan lancar seterusnya mencapai objektif pembelajaran.

Di sini Cikgu LinnZack kongsikan cara cikgu approach murid Tahun 1 semasa kelas English Language.


Cikgu LinnZack menggunakan kaedah "watch and learn".
Murid melihat sendiri bahan rangsangan yang  mereka biasa nampak dan sentuh.Malah cikgu LinnZack juga meniru lukisan yang dihasilkan oleh murid sebagai bahan dalam PdP.
Ia secara tidak langsung menarik perhatian murid dan membuatkan murid rasa lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kemas dan lengkap. 

Murid dapat pelajari seterusnya mengingati apa yang diajar guru berdasarkan lukisan atau gambar yang dipaparkan dengan mudah.


Objek yang dilakar atau dicetak tidak perlu banyak yang penting murid dapat ingat . 
Nampak macam remeh tapi percayalah murid suka kerana ia dihasilkan secara terus di hadapan murid.



Bukan semua pandai melukis tapi kita semua tahu melukis.
Kalau apa yang kita lukis tu murid paham.Nah....cikgu-cikgu berjaya dah tu menjadi seorang pelukis :-).


Murid lihat dan murid belajar . Murid melihat apa yang ditunjuk seterusnya murid meniru apa yang dilihat. Guru tunjuk.Guru ajar dan guru ulang sehingga murid menguasai apa yang diajar oleh guru.














LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA