Prepositions : in, on, under
DROPDOWN MENU
SLIDER
Thursday, December 1, 2022
Wednesday, November 30, 2022
WATCH AND LEARN #cikgulinnzack
Saya bukan pakar.
Saya sekadar berkongsi apa yang saya buat.
Menarik perhatian murid di dalam kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) sentiasa menjadi cabaran kepada guru. Pelbagai kaedah , strategi digunakan oleh guru bagi memastikan PdP yang dirancang berjalan lancar seterusnya mencapai objektif pembelajaran.
Di sini Cikgu LinnZack kongsikan cara cikgu approach murid Tahun 1 semasa kelas English Language.
Cikgu LinnZack menggunakan kaedah "watch and learn".
Murid melihat sendiri bahan rangsangan yang mereka biasa nampak dan sentuh.Malah cikgu LinnZack juga meniru lukisan yang dihasilkan oleh murid sebagai bahan dalam PdP.
Ia secara tidak langsung menarik perhatian murid dan membuatkan murid rasa lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kemas dan lengkap.
Murid dapat pelajari seterusnya mengingati apa yang diajar guru berdasarkan lukisan atau gambar yang dipaparkan dengan mudah.
Objek yang dilakar atau dicetak tidak perlu banyak yang penting murid dapat ingat .
Nampak macam remeh tapi percayalah murid suka kerana ia dihasilkan secara terus di hadapan murid.
Bukan semua pandai melukis tapi kita semua tahu melukis.
Kalau apa yang kita lukis tu murid paham.Nah....cikgu-cikgu berjaya dah tu menjadi seorang pelukis :-).
Murid lihat dan murid belajar . Murid melihat apa yang ditunjuk seterusnya murid meniru apa yang dilihat. Guru tunjuk.Guru ajar dan guru ulang sehingga murid menguasai apa yang diajar oleh guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)