Tahukah anda setiap ciptaan ALLAH SWT itu bersebab. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Imran ayat 190-191.
" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal; 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,Maha suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Jadi apa sahaja Allah ciptakan, tentukan bukan sia-sia.Semuanya bersebab.
Lately pelbagai luahan dan keluh kesah lalu di wall Facebook LinnZack berkaitan isu MPPK 2023-2025. Ada yang positif dan ada yang sebaliknya.Sejujurnya LinnZack juga terdetik rasa yang sama. Dalam banyak-banyak luahan yang lalu. Ada satu yang menarik perhatian dan LinnZack bersetuju dengan coretan beliau.
Di sini LinnZack kongsikan.(copy and paste)
Pernah terjadi pada diri aku, tanpa diminta.. tanpa persediaan yang secukupnya… dilantik sebagai ketua jabatan. Memang segenap alam mula ’bersuara’lah.. ada yang sumbang, ada yang menyokong, ada yang tak peduli. Maka, aku pikul tanggungjawab yang di amanah tersebut sebaik mungkin.. bukan nak membuktikan pada depa yang dok mengata sana sini tu.. Tapi takutnya aku pada Tuhan bila amanah yang dipertanggungjawabakan tu tak dilaksanakan sebaik-baiknya.
Kita kan selalu takut dengan perkara yang kita tak tahu, perkara yang baharu atau perkara yang dipaksa untuk kita menerimanya.. jadi tak heranlah ada yang ’takut-takut’ akan kemampuan majlis ini tidak mampu memberi nasihat yang baik kepada KPM khususnya YB Menteri. Lama aku dok fikir pasai MPPK ni, jadi aku cuba relate kan dengan pengalaman sendiri sahajalah. Tuhan dah mengerakkan ia untuk berlaku atas sebab-sebab yang hanya Dia tahu.. Ingat dak? Tuhan kan ada cakap;
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”.
Jom, kita sama-sama gunakan platform yang ada ini untuk menyampaikan segala pandangan dan cadangan yang ada, bukan semata keluh kesah yang mungkin tiada kesudahannya.
All the best Datuk Dr Amin Senin!