DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, November 4, 2023

CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 25 : PESAN IBU | HALAMAN 195

 



 UNIT
25 : Amanah Sejagat

TOPIK
Pesan Ibu

KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi. 

STANDARD PEMBELAJARAN
4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui kata-kata hikmat. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat dengan kemas.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1.Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2.Murid membaca dan memahami tentang maksud kata-kata hikmat “Jimat Cermat Amalan Mulia”.
3.Murid dibimbing mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat. (KBAT)
4.Murid berkongsi amalan berjimat-cermat dalam amalan seharian.
5.Setiap murid menulis dan mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat. (PBD)
6.Murid yang menulis tulisan Jawi paling kemas dan kreatif diberikan ganjaran. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 25 : AMANAH KITA | HALAMAN 196

 



 UNIT
25 : Amanah Sejagat

TOPIK
Hargai Alam Kita

KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap penyataan secara kritis dan kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mendengar, mentafsir, dan memberikan repons.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya memberikan terhadap penyataan pada dialog dan infografik dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang hutan paya bakau.
3. Murid dibimbing mendengar dan mentafsir penyataan berdasarkan bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing memberikan respons yang kritis dan kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan untuk memberikan respons terhadap penyataan pada dialog dan infografik. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.



CADANGAN JAWAPAN





CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 26 : TANGGUNGJAWAB AWAM | HALAMAN 197

 



UNIT
26 : Integriti Nadi Kemakmuran Negara

TOPIK
Tanggungjawab Awam

KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.  

STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :
Bercerita tentang situasi dalam gambar.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya bercerita situasi dalam gambar dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang tanggungjawab kita di tempat awam.
3. Murid dibimbing menganalisis bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing bercerita dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan memainkan peranan melakonkan situasi dalam buku teks  dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.



CADANGAN JAWAPAN 



CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 26 : CEKAL, BERANI, SETIA | HALAMAN 198 & 199

 





UNIT
26 : Integriti Nadi Kemakmuran Negara

TOPIK
Cekal, Berani, Setia

KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca rencana dan syair serta mengenal pasti ilmu dan nilai.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengenal pasti ilmu dan nilai dan mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk secara kritis dan kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami rencana tentang pasukan Senoi Praaq.
3. Murid dibimbing membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada plebagai bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing membuat persembahan dalam pelbagai bentuk. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
7. Setiap kumpulan memainkan peranan mempersembahkan ilmu dan nilai dalam pelbagai bentuk. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.



CADANGAN JAWAPAN







CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 26 : KISAH PENGGANTI RAJA | HALAMAN 200

 



UNIT
26 : Integriti Nadi Kemakmuran Negara

TOPIK
Kisah Pengganti Raja

KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.


KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang kisah pada zaman dahulu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami cerita tentang “Kisah Pengganti Raja”.

3. Murid dibimbing menganalisis bahan. (KBAT)

4. Murid dibimbing menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6. Setiap kumpulan berbincang untuk menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PAK 21)

7. Wakil kumpulan membentangkan jawapan yang dihasilkan.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN 





CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 26 : INTEGRITI AMALAN KITA | HALAMAN 201

 




UNIT 
26 : Integriti Nadi Kemakmuran Negara

TOPIK
Integriti Amalan Kita

KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menghasilkan puisi dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan sajak dan mempersembahkannya.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan mempersembahkannya secara kreatif.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

3. Murid dibimbing menganalisis bahan. (KBAT)

4. Murid dibimbing menghasilkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6. Setiap kumpulan berbincang untuk menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan mempersembahkannya secara kreatif. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN





Tahniah! | Bhg. Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson, DPMP., AMP.

 


Tahniah!

Warga pendidikan Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson, DPMP., AMP. atas pengurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato'.

sumber : https://www.facebook.com/PendidikanPerakOfficial

CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 26 : PELUANG KEDUA | HALAMAN 202


   
UNIT
26 : Integriti Nadi Kemakmuran Negara

TOPIK
Peluang Kedua

KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mendengar penerangan guru tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Aktiviti :
1.Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2.Murid membaca dan memahami maklumat tentang kisah motivasi seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3.Murid dibimbing mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan. (KBAT)

4.Murid dibimbing membina ayat susunan biasa. (PBD)

5.Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.

6.Setiap pasangan diminta mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan. Kemudian, membina ayat susunan biasa dengan mengikut konteks yang betul. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN






CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 27 : JUJUR KEPADA ILMU | HALAMAN 203

 




UNIT :
Kejujuran Asas Jati Diri

TOPIK : 
Jujur kepada Ilmu

KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN:
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :

Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya membuat rumusan dan ramalan dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti dialog perbualan Irfan dan Faris.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami dialog tentang “Jujur kepada Ilmu”.

3. Murid dibimbing menganalisis kandungan bahan. (KBAT)

4. Murid dibimbing bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. (PBD)

5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.

6. Setiap pasangan diminta menganalisis kandungan dialog. (PAK 21)

7. Murid membuat rumusan dan ramalan berpandukan analisis yang dibuat.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN 





CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 27 : TOKOH WARTAWAN NEGARA | HALAMAN 204

 



UNIT : 27 : 
Kejujuran Asas Jati Diri

TOPIK : 
Tokoh Wartawan Negara

KEMAHIRAN BAHASA : 
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN : 
2.1 Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca dan merujuk kamus untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mencari lima makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat bagi perkataan yang berwarna dengan betul.

AKTIVITI PDPC :
Pengenalan :
Murid diperkenalkan Tan Sri Johan Bin Jaaffar oleh guru melalui video pendek.

Aktiviti :
1.Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2.Murid membaca dan memahami maklumat tentang Tokoh Wartawan Nagera.

3.Murid dibimbing membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah. (KBAT)

4.Murid dibimbing merujuk kamu serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang betul. (PBD)

5.Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.

6.Setiap pasangan diminta menyenaraikan dan mengenal pasti perkataan berwarna merah. (PAK 21)

7.Murid mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang betul.

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN



Friday, October 20, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 27 : HELAIAN KERTAS BERMAKNA | HALAMAN 205

 



KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menghasilkan penulisan

STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid meneliti gambar dan bahan rangsangan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami cerita yang bertajuk “Helaian Kertas Bermakna”.
3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta menulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi. (PAK 21)
7. Wakil kumpulan diminta membaca cerita yang ditulis di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Pada suatu hari, Irdina ke perpustakaan sekolahnya. Dia ingin meminjam sebuah buku. Setelah memilih buku yang diinginkan, dia pun mendaftarkan pinjamannya di kaunter.

    Irdina duduk di kerusi. Irdina membelek-belek helaian buku tersebut. Irdina menemui sebuah nota kecil yang terselit di dalam helaian buku tersebut. Di hadapannya tertulis "Cadangan Jadual Tugas Pengawas". Dia pasti buku nota ini amat penting.

    Irdina tidak tahu tindakan yang perlu dilakukannya. Dia memberitahu hal tersebut kepada Irfan dan abangnya. Abang Irfan mencadangkan Irdina memberikan buku nota itu kepada guru pengawas sekolah supaya buku itu dapat dipulangkan segera.

    Keesokannya, Irdina berjumpa dengan Cikgu Shukri, guru pengawas sekolahnya. Irdina memberitahu Cikgu Syukri tentang menemuan buku nota itu dan menyerahkannya kepada beliau. Cikgu Syukri memuji sikap Irdina yang amanah dan jujur itu.

    Cikgu Syukri memanggil ketua pengawas, Laila. Beliau memulangkan buku nota itu kepadanya. Laila mengakui kesilapannya yang dia terlupa akan tempat dia meletakkan buku nota itu, Selepas meminta maaf atas kelalaiannya daripada Cikgu Syukro, dia pun bertanya tentang maklumat orang yang menemukan buku nota itu.

    Sebelum pulang ke rumah, Laila bertemu dengan Irdina.Dia berterima kasih kepada Irdina kerana memulangkan semula bbuku nota tersebut.



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 27 : LEMAK MANIS TEPUNG PELITA | HALAMAN 206

 




KEMAHIRAN BAHASA

5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN

5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Membina pelbagai jenis ayat berdasarkan ayat.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya membina pelbagai jenis ayat berdasarkan ayat dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid meneliti gambar dan teks yang disediakan.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS).
3. Murid dibimbing menganalisis bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing membina pelbagai ayat berdasarkan bahan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
6. Setiap pasangan diminta membina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar. (PAK 21)
7. Murid berkongsi ayat yang dibina di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

AYAT PENYATA:
Buku teks di bilik itu tersusun dengan kemasnya mengikut mata pelajaran. Cikgu Ramli meletakkan fail dengan kemas di rak. Terdapat bbeberapa orang pengawas buku teks sedang bbertugas,

AYAT TANYA:
  1. Apakah yang perlu saya lakukan?
  2. Apakah yang sedang kamu tulis itu?
  3. Apakah yang harus saya catat pada borang ini?

AYAT SERUAN:
  1. Aduhai, banyak sungguh buku yang telah rosak!
  2. Aduhai, buku ini sudah terkoyak!
  3. Aduhai, muka surat buku ini sudah hilang!

AYAT PERINTAH:
  1. Amin, letak buku itu di sini.
  2. Letakkan buku yang sudah diikat di sini.
  3. Letakkan buku-buku ini di sana.


CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13 : LEMAK MANIS TEPUNG PELITA | HALAMAN 98

 



KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR   

STANDARD KANDUNGAN
1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.  


STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menceritakan cara membuat kuih daripada maklumat yang didengar dan dibaca.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menceritakan semula maklumat yang didengar dan dibaca dengan betul.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar dan dibaca.
3. Murid dibimbing mendengar dan membaca bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menceritakan bahan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PBD)
5. Murid berkongsi kuih kegemaran mereka. 
6. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
7. Pasangan yang terpilih diminta menceritakan cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN

Mula-mula, kita mestilah sediakan acuan tepung pelita. Kemudian, masukkan satu sudu teh gula pasir yang telah dikisar ke dalamnya. Seterusnya, untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan. Kacau adunan sehingga sebati dan likat.

        Selepas itu, tuang adunan ke dalam acuan dan biarkannya menyejuk. Untuk bahagian atas, kita perlu panaskan semua bahan iaitu 4  cawan santan, 4 sudu makan tepung beras dan secubit garam. Apabila adunan telah sebati, kita tutup api. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam acuan semula dan biarkannya menyejuk.



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 12 : BUKU JALANAN CHOW KIT | HALAMAN 92

 



KEMAHIRAN BAHASA

5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat :

Mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk.

KRITERIA KEJAYAAN

Murid berjaya membina perenggan berpandukan kata majmuk yang terdapat dalam teks dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :

Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.

2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang “Buku Jalanan Chow Kit”.

3. Murid dibimbing mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks. (KBAT)

4. Murid dibimbing membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. (PBD)

5. Murid mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks dalam buku latihan. (PBD)

6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

7. Setiap kumpulan diminta membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. (PAK 21)

8. Kumpulan yang terpilih diminta membaca perenggan yang dibina di hadapan kelas.

Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

CADANGAN JAWAPAN

Rangkai kata bebas
  • bandar raya
  • bekerjasama
  • bola sepak
  • kakitangan
Kiasan
  • mengasah bakat
  • anak emas
  • pilih kasih
Istilah
  • pusat sumber
  • warganegara
  • mata pelajaran
  • suri teladan
BINA PERENGGAN

Buku Jalanan Chow Kit merupakan pusat sumber dan ruang belajar untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dari keluarga miskin kota untuk membaca, belajar, bersukan dan berseni kreatif. Di sini kanak-kanak golongan miskin bandar tanpa mengira status, bangsa dan warganegara berpeluang untuk mempelajari pendidikan asas supaya meraka boleh hidup sebagai manusia yang baik dan sempurna. 

        Bagi menjayakan program tersebut pelbagai pihak telah bekerjasama dan menyumbangkan kemudahan kepada mmereka. Antara kemudahan dan sokongan yang diterima berbentuk wang tunai, tenaga pengajar, makanan, sukarelawan, buku dan lain-lain lagi.
    Anak-anak ini dididik tanpa kasih dan diberikan kemudahan secara percuma. Mereka yang berjaya diharap dapat menjadi suri teladan kepada golongan yang kurang bernasib baik.


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA