DROPDOWN MENU
SLIDER
Sunday, November 26, 2023
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 16: SAINS DALAM KEHIDUPAN | HALAMAN 120 & 121
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 15: SENI KAIN BARABURU | HALAMAN 113
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK : Seni Kain Baraburu
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang penghasilan kain baraburu.
3. Murid dibimbing memahami kata ganda berentak. (KBAT)
4. Murid dibimbing menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Murid berbincang untuk menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak. (PAK 21)
7. Setiap wakil kumpulan diminta membaca cerita yang ditulis dengan menggunakan kata ganda berentak dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 15: BAJU MELAYU | HALAMAN 111
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK: Baju Melayu
KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.4 Menulis teks prosa, dan teks puisi yang diimlakkan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menulis teks syair yang diimlakkan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menulis syair yang diimlakkan dengan ejaan yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami syair yang bertajuk “Busana Melayu”.
3. Murid dibimbing mendengar teks syair. (KBAT)
4. Murid dibimbing menulis teks syair yang diimlakkan. (PBD)
5. Murid menulis teks syair yang diimlakkan dengan ejaan yang betul dan kemas. (PAK 21)
6. Murid yang terpilih diminta melagukan teks syair yang diimlakkan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 15:MUZIKAL TRADISIONAL INDIA | HALAMAN 110
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK: Muzikal Tradisional India
KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca dan merujuk perkataan yang berwarna dalam kamus dan media elektronik.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mencari enam makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan menggunakan merujuk kamus serta media elektronik.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami dialog tentang persembahan muzikal tradisional India.
3. Murid dibimbing membaca teks dan mengenal pasti perkataan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
6. Setiap pasangan diminta menyenaraikan dan mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik. (PAK 21)
7. Pasangan yang terpilih diminta berkongsi hasil kerja di hadapan kelas dan disemak oleh guru dan rakan sekelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 15: HEBATNYA PERAHU BESAR | HALAMAN 109
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK: Hebatnya Perahu Besar
KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Memberikan respons terhadap penyataan yang didengar.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya memberikan respons dengan jelas dan teratur dan meramal kebarangkalian risiko semasa berbasikal di jalan raya.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang perahu besar tradisional Terengganu.
3. Murid dibimbing mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. (KBAT)
4. Murid dibimbing memberikan respons. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta memainkan peranan melakonkan semula dialog dalam buku teks untuk menerangkan pendapat tentang keunikan perahu besar tradisional Terengganu. (PAK 21)
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: PERSEMBAHAN AWANG BATIL | HALAMAN 108
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK: Persembahan Awang Batil
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti kata ganda separa.
Menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengenal pasti kata ganda separa dan menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa dengan mengikut format yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
1. Murid membaca dan memahami tentang Persembahan Awang Batil.
2. Murid dibimbing memahami kata ganda separa. (KBAT)
3. Murid dibimbing menulis surat dengan menggunakan kata ganda separa. (PBD)
4. Murid mengenal pasti kata ganda separa dalam petikan dan menyenaraikannya dalam buku latihan.
5. Murid menjalankan tugasan individu untuk menulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa untuk menceritakan pengalaman menonton persembahan Awang Batil.
2. Murid yang terpilih diminta membaca surat yang ditulis di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan
Kata Ganda Separa
- tertanya-tanya
- kemerah-merahan
- besar-besaran
- tetamu
- lelaki
- mengetuk-ngetuk
- dongeng-dongengan
- digesek-gesek
- memukul-mukul
- gemuruh
- bbersalam-salaman
- kenang-kenangan
- Adik masih tertanya-tanya adakah mahu menerima tawaran itu.
- Lelaki yang berbadan besar itu ialah abang saya/
- Mukanya kemerah-merahan menahan malu apabila dimarah oleh wanita itu.
- Pada pagi raya, kami sekeluarga bersalam-salaman.
- Ramai tetamu yang hadir pada hari ini.
- Abdul mengetuk-ngetuk pintu rumahnya dengan kuat.
- Majlis kahwin anak Pak Samad diadakan secara besar-besaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: CITRA WARNA MALAYSIA | HALAMAN 107
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK: Citra Warna Malaysia
KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.3 Menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan persembahkannya secara kreatif.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan persembahkannya secara kreatif.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berbual bersama pasangan mengenai poster tentang Minggu Citra Warna Malaysia.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang Minggu Citra Warna Malaysia.
3. Murid dibimbing menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mempersembahkan seni kata lagu secara kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta dibincang untuk menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. (PAK 21)
7. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan seni kata lagu yang dicipta secara kreatif di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: TANGLUNGKU CANTIK | HALAMAN 106
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK : Tanglungku Cantik
KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Melengkapkan Peta Titi berdasarkan teks dialog.
Menjawab persoalan yang dikemukakan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya melengkapkan Peta Titi dengan maklimat yang tepat dan menjawab persoalan yang dikemukakan dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berbual bersama pasangan mengenai Tanglung.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang Pesta Tanglung.
3. Murid dibimbing mengenal pasti dan mencatat maklumat. (KBAT)
4. Murid dibimbing menjanakan idea berdasarkan bahan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta dibincang untuk melengkapkan Peta Titi berdasarkan teks dialog dalam buku teks dan berkongsi jawapan bagi persoalan yang dikemukakan. (PAK 21)
7. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan dalam kertas sebak yang diberikan dengan idea yang kreatif.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
- menghargai warisan banyak mengajar saya membuat tanglung
- kreatif menggunakan teknologi lampu diod pancaran cahaya
- rasional tanglung itu lebih selamat
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: PERSEMBAHAN RANDAI | HALAMAN 104 & 105
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK : Persembahan Randai
KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Membaca dan menjelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap perenggan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menjelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap pereggan dengan betul d
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid ditunjukkan video tentang Persembahan Randai.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang Persembahan Randai.
3. Murid dibimbing membaca dan memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mentafsir bahan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta dibincang untuk menjelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap perenggan. (PAK 21)
7. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan dalam kertas sebak yang diberikan dengan idea yang kreatif.
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
- Pada pendapat saya, golongan muda dapat menghayati keunikan alunan muzik tradisional dengan cara menyaksikan persembahan tradisional dan mempelajari muzik tradisonal randai.
- Kita dapat menjadikan busana ini dikenali oleh generasi muda dengan menggalakkan mereka menonton persembahan kebudayaan dan mencuba memakainya atau mempamerkan kehalusan pakaian ini.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 14: ISTIMEWANYA PAK CU | HALAMAN 103
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 14 : Persada Seni Lambang Jati Diri
TOPIK : Istimewanya Pak Cu
KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai situasi.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mendengar dan mengecam sebutan daripada dialog dan audio.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang wayang kulit.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami tentang wayang kulit Pak Cu.
3. Murid dibimbing mendengar dan mengecam sebutan yang terdapat dalam pelbagai situasi. (KBAT)
4. Murid dibimbing menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi yang diberikan. (PAK 21)
7. Kumpulan yang terpilih diminta ke hadapan untuk berkongsi ujaran yang dibincangkan.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Istimewanya Pak Cu
Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu bermain wayang kuli sejak berusia 10 tahun. Pak Cu berguru dengan pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah lebih 40 tahun Pak Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang cucu Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia sudah mampu menghafal beberapa buah cerita wayang kulit.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: BIDAR LUKUT | HALAMAN 102
- daun-daun
- undang-undang
- botol-botol
- perahu-perahu
- cantik-cantik
- kanak-kanak
- gerai-gerai
- penonton-penonton
Catatan ringkas:
Bidar Rukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Permainan ini merupakan permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Di dalam perahu, akan dipacakkan daun-daun kering sebagai layar. Perahu akan bergerak apabbila dituip angin.
Dalam undang-undang, permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong masing-masing. Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung. Perahu-perahu ini dicat dengan warna yang cantik-cantik. Keunikannya menarik minat kanak-kanak dan dewasa. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan tradisional tempatan. Penonton-penonton dapat membeli makanan dan minuman.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: SEPAK RAGA TUJU | HALAMAN 101
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara
TOPIK : Sepak Raga Tuju
KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.2 Menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan cerita dan mempersembahkannya secara kreatif.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan cerita dan mempersembahkannya secara kreatif.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami jalan cerita tentang Sepak Raga Tuju.
3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menghasilkan cerita tentang Sepak Raga Tuju dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. (PAK 21)
7. Kumpulan yang terpilih diminta ke hadapan untuk mempersembahkan cerita yang telah dihasilkan.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
Semasa di kampung, Irfan dan ayahnya menghadiri Pesta Sukan Rakyat. Mereka ternampak sekumpulan lelaki bermain bola takraw.
Irfan hairan mereka tidak menggunakan jaring. Ayahnya memberitahu Irfan bahawa itu ialah permainan sepak raga tuju.
Ayahnya menerangkan vara bermain permainan itu. Irfan teruja akan keunikan permainanitu. Permainan ini dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, badan kita sihat dan otak cerdas. Bila sihat, kita dapat melakukan aktiviti harian dengan baik.
Semasa di sekolah, Irfan menceritakan pengalamannya di kampung kepada rakan-rakannya. Irfan meminta Cikgu Shamil, iaitu guru pendidikan jasmani mengajar mereka bermain semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Cikgu Shamil berbesar hati dan sudi menunjuk cara kepada Irfan dan kawan-kawannya. Mereka bermain di kawasan lapang.
Akhir sekali, Cikgu Shamil menubuhkan kelab sepak raga tuju. Mereka mula menyiapkan gelanggang baharu. Semua remaja dan dewasa boleh bermain bersama-sama. Irfan berasa bangga dapat bermain permainan tradisional ini. Permainan ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: ADAB BERKUNJUNG | HALAMAN 100
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara
TOPIK : Adab Berkunjung
KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif d
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami poster mengenai adab kunjung-mengunjungi.
3. Murid dibimbing memahami bahan. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang adab lain yang dapat memberikan keselesaan kepada tuan rumah. Murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. (PAK 21)
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
Adab berkunjung
Kunjung - mengunjungi adalah antara amalan mulia yang perlu diamalkan oleh generasi muda.
Antara adab lain yang perlu diamalkan semasa berkunjung ke rumah saudara- mara, rakan dan jiran tetangga ialah kita haruslah memakai pakaian yang kemas, bersih dan menutup aurat. Selain itu, kita juga haruslah memastikan mereka terima kita sebagai tetamu. Jaga pertuturan kita ketika bercakap sebagai tanda kita menghormati dan menyenangkan tuan rumah. Akhir sekali, janganlah kita terlalu lama bertamu di rumah tuan rumah. Ini akan membuatkan tuan rumah tidak selesa atau dikhuatiri mengganggu perancangan awal tuan rumah.
CADANGAN JAWAPAN | BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 13: PERKAHWINAN ORANG ASLI | HALAMAN 99
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 13 : Warisan Budaya Kekal Terpelihara
TOPIK : Perkahwinan Orang Asli
KEMAHIRAN BAHASA
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menjelaskan nama watak dan perwatakan berdasarkan bahan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menjelaskan nama waktak dan perwatakan berdasarkan bahan dengan betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami dialog Tok Batin Bidi dan Tijah tentang majlis perkahwinan Orang Asli.
3. Murid dibimbing membaca teks drama dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. (KBAT)
4. Murid dibimbing memahami dan mentafsir nama watak dan perwatakan. (PBD)
5. Murid berkongsi cara perkahwinan di tempat tinggal masing-masing.
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
7. Setiap kumpulan diminta menjelaskan watak dan perwatakan berdasarkan bahan menggunakan peta minda dalam kertas sebak dengan betul. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan :
Tok Badin Bidi
-Beliau seorang tok batin dan ayah yang bertanggungjawab. Belaiu amat mementingkan adat resam dan budaya dalam kehidupan. Beliau menghargai budaya untuk memastikan budaya itu tidak luput ditelan zaman.
Tijah
-Seorang generasi muda yang membuktikan rasa hormat mereka terhadap generasi tua dalam usaha mengekalkan budaya tradisional ini. Tijah juga seorang anak yang mementingkan adat resam dan budaya.
CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 10 : KARYA PERPADUAN | HALAMAN 80
TEMA 4 : PERPADUAN
UNIT 10 : Langkah Perpaduan
TOPIK : Karya Perpaduan
KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata berimbuhan mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengecam dan mengkategorikan pelbagai kata berimbuhan.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya membina dialog dengan menggunakan kata berimbuhan dengan mengikut konteks yang betul.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maklumat pada poster Peradua Video Pendek.
3. Murid dibimbing mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan. (KBAT)
4. Murid dibimbing membina dialog dengan menggunakan pelbagau kata berimbuhan. (PBD)
5. Murid menyenaraikan pelbagai kata berimbuhan yang terdapat dalam poster tersebut. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
7. Setiap kumpulan berbincang untuk membina dialog dengan menggunakan kata berimbuhan yang telah dikenal pasti. (PAK 21)
8. Setiap kumpulan berlakon menggunakan dialog yang telah dihasilkan di hadapan kelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan: