DROPDOWN MENU
SLIDER
Wednesday, December 14, 2022
PERCUMA | SET ULANG KAJI SOALAN FORMAT BAHARU UASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | UASA TAHUN 4 #cikgulinnzack #UASA
FORMAT BAHARU UASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
ULANG KAJI FORMAT UJIAN TERKINI: UASA SUBJEK TERAS DAN SEJARAH #cikgulinnzack #uasa
Monday, December 12, 2022
KATA BILANGAN | ULANG KAJI MASA CUTI #cikgulinnzack #uasa #pentaksiran
Kata bilangan terdiri
daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah. Berdasarkan
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang
menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
Menurut Prof. Abdullah Hassan, kata
bilangan memberitahu jumlah orang, benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah
Hassan ada 6 jenis kata bilangan iaitu :
1. Bilangan Kardinal /
bilangan tentu - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu -
segala, semua, beberapa, seluruh, sekian, para
3. Bilangan pisahan -
setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan -
berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan -
separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal /
giliran - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus
Kesalahan Penggunaan
Kata Bilangan
Di sini saya kongsikan lembaran kerja untuk anda ulangkaji :