DROPDOWN MENU
SLIDER
Wednesday, December 28, 2022
PEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
PEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
“Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas” bermaksud amaun bagi pemberian pergerakan gaji tambahan khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi tahun 2023 sahaja.
Adakah pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 ini dilaksanakan setiap tahun bermula tahun 2023?
Tidak. Pemberian KGT Tambahan Khas ini hanya dilaksanakan pada tahun 2023 sahaja. Walau bagaimanapun, amaun RM100.00 tersebut akan kekal dalam gaji hakiki pegawai.
𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 #bantuankhaskewangan2023
📝𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍
𝐊𝐇𝐀𝐒
𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
𝟐𝟎𝟐𝟑
- 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍
𝐃𝐈𝐁𝐔𝐀𝐓
𝐏𝐀𝐃𝐀
𝟏𝟕
𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈
𝟐𝟎𝟐𝟑
Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:
• Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan
• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak
berpencen
Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj
Emel pertanyaan:
JPA : bkk@jpa.gov.my
JHEV ATM : pencen.jhev@mod.gov.my
#JPA
#berkhidmatuntuknegara
Tuesday, December 27, 2022
Monday, December 26, 2022
KECIL COMEL MURAH | BERBALOIKAH BELI? | Ultra Portable Mini LED
KECIL COMEL MURAH
BERBALOIKAH BELI?
MiniBeam MP20
Ultra Portable Mini LED
Pico Projector YG300 Pro for Home.
HDMI, USB,
LINK SHOPEE :-
https://shopee.com.my/product/265323803/6668101339?smtt=0.299597729-1672057519.9
PROJEKTOR VIRAL MAMPU MILIK
Mini Projektor ni min tak perlu perkenalkan lagi kot utk yg bergelar cikgu. Dah jadi mcm feveret golongan pendidik plak projektor ni.
Kualiti projektor ni terbaik untuk range harga yang ditawarkanlah. Jgn lah bandingkan dengan projektor harga RM3000 pula.Design projector cantik. Resolution tinggi sangat, boleh tengok dengan jelas dan ia terang. Speaker? Yarabbi, korang dengar sendiri dalam video tu..
Padan dengan harga. Berbaloi!!
🛒 https://shope.ee/6UoujDC20f
💸 RM459.00
Kalau stock link kat atas tu dah habis, korang boleh ke link seller kat bawah ni pulak ye. Benda hot stuff betul, ada yg ngadu stock dah habis
🛒 https://shope.ee/2AfvZWDY6E
Korang kalau beli projektor2 harga bawak lima ratus ni jangan lupa beli screen anti light sama..itu pun kalau nak tengok paparan lebih jelas la..
Anti-Light Screen Projector
Harga: RM33.95 - RM102.37 | https://shope.ee/8zViswU9A6
TP BUKAN SEBAHAGIAN PBD - Salah faham yg mengerikan ?
TP BUKAN SEBAHAGIAN PBD - Salah faham yg mengerikan ?
1. Kesian mak bapak tak tahu apa-apa, guru pula ikut menonong berilah apa saja. Macam2 templat TP disediakan yang lebih kepada menyusah dan membebankan guru tanpa apa2 impak dan keperluan kepada murid.
2. PBD dijalankan dengan Formative Assessment (FA) dan Summative Assessment (SA) yang dah wujud sejak lama. Jom fahami kedua aspek ini.
# Formative Assessment (FA)
- proses penilaian berterusan dalam kelas utk mengetahui 'bagaimana' murid belajar sepanjang PdP supaya dapat diperbaiki pendekatan pengajaran yang dapat mengoptimakan pembelajaran murid
- utk mengetahui cabaran yang murid hadapi spt kesukaran memahami konsep, kurang pengetahuan sedia ada supaya dapat diperbaiki PdP melalui pertimbangan profesional guru.
- memberikan bantuan, intervensi yang sesuai bagi mengurangi cabaran yg murid hadapi
- untuk mendapat maklum balas bagi menyesuaikan pendekatan PdP yang omputih sebut 'better suit the needs of the students
- TIADA pengukuran pencapaian murid dilakukan dengan sebarang RUBRIC atau standardized benchmark dalam FA
- Contoh FA seperti pemerhatian, perbincangan dalam kelas, menemuduga murid, borang maklum balas, persembahan oral dari murid, kerja berkumpulan etc.
# Summative assessment (SA)
- penilaian utk mengetahui berapa 'banyak' pelajar telah menguasai apa yang dipelajari diakhir sesuatu sesi pembelajaran (spt pertengah atau akhir tahun)
- pengukuran dilakukan dengan ujian atau peperiksaan yang standard kepada kumpulan murid yang diajar di akhir sesi pembelajaran
- Contoh SA adalah seperti Ujian Pertengahan Tahun, Projek Akhir Tahun, dengan setiap murid mendapat skor bagi mewakili 'kuantiti' pembelajaran yang dikuasai sepanjang satu tempoh
- Contoh SA spt ujian peetengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau persembahan projek akhir tahun
3. KPM menggunakan pernyataan berikut jika dibaca dalam modul yang beredar:
- FA adalah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran
- SA pula adalah pentaksiran tentang pembelajaran.
Maaf, saya tak faham apa maksud klausa di atas.
4. Pernyataan dalam modul PBD yang menyebut 'Murid akan dinilai mengikut tahap penguasaan TP 1 sehingga TP 6'. Kemudian disediakan pula pelbagai templat utk diisi dari TP1 - TP6 dgn 'peringatan' murid mesti mencapai minimum TP3.
5. Persoalan:
Adakah pengisian templat TP ini mewakili FA atau SA ?
6. FA tidak memerlukan apa2 rubrik yang standard maka TP BUKAN proses yang melibatkan FA. TP bukan FA.
7. SA adalah skor atau kuantiti penguasaan murid di akhir sesi akademik, maka TP juga bukan SA.
8. Jika TP bukan FA dan SA - di manakah kedudukan penilaian TP1-TP 6 tersebut ?
9. Atas sebab inilah TIADA negara jadikan pendekatan penguasaan spt TP1-TP6 ini sebagai satu penilaian... dan yang dilakukan di Msia ini ibarat pemahaman 'syok sendiri'.
10. Tujuan asal 6 tahap ini utk membina LO mengikut tahap kesukaran, bukan pengukuran atau penilaian Tahap Penguasaan murid kerana ia BUKAN Formative Assessment mahupun Summative Assessment. Maka melaksanakan TP adalah satu yang 'terkeluar' dari maksud dan tujuan PBD.
Tidakkah ini mengerikan ?
Copy & paste : FBOT