DROPDOWN MENU
SLIDER
Wednesday, January 18, 2023
Tuesday, January 17, 2023
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2022 (MISSION POSSIBLE 2022:GEAR UP TO EXCELLENCE)
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2022
(MISSION POSSIBLE 2022:GEAR UP TO EXCELLENCE)
TARIKH : 17 JANUARI 2022 (SELASA)
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : BLOK 1, IDK 8, UTAR
pautan : https://www.youtube.com/watch?v=6N_UojDes0Q
Monday, January 16, 2023
Jom dapatkan pengiktirafan Quizizz Certified Game Changer
JOM JADI WAKELET CERTIFIED #cikgulinnzack #wakeletcertified
Bagaimana nak menjadi Wakelet Certified?
Jom saya ajarkan.
Di bawah ni link nak menduduki course wakelet ni.
https://wakelet.com/@wakeletcertifiedcourse
Bila you all klik link tu, anda akan nampak
a series of video yang merangkumi beberapa perkara tentang Wakelet, dan akan membantu anda menjadi profesional Wakelet dalam masa yang singkat! Selepas anda menonton setiap video, pastikan anda menjawab soalan dengan betul untuk lulus kursus dan menjadi Wakelet Certified.
Wakelet? https://wakelet.com telah diasaskan beberapa tahun lepas oleh seorang pemuda yang bernama Jamil Khalil. Ia merupakan satu aplikasi atas talian yang membolehkan anda untuk mengumpul dan menyimpan kandungan yang menarik, sama ada kandungan tersebut adalah milik sendiri ataupun yang dijumpai di Internet. Hampir semua boleh dimasukkan sebagai koleksi dalam Wakelet.
Anda boleh menyimpan apa sahaja
daripada komputer anda mahupun yang ada di Internet. Anda boleh membuat koleksi
daripada gabungan video (Youtube), fail PDF, gambar, ciapan (tweet), pautan,
teks, dan apa-apa sahaja fail yang ada dalam Google Drive dan OneDrive anda.
Wakelet sebenarnya boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan oleh sesiapa sahaja. Sebagai warga pendidik, kita boleh
gunakan medium Wakelet ini untuk tujuan peribadi, perkongsian bahan, kolaborasi
dengan warga pendidik lain, dan juga sebagai aktiviti pelajar (pelajar berumur
13 tahun dan ke atas boleh daftar akaun Wakelet).
Cikgu boleh mencipta portfolio digital, buku cerita digital, surat berita (newsletter), ruangan simpanan bahan pengajaran dan hasil kerja pelajar, wujudkan perbincangan kelas, wujudkan ruang kolaborasi dengan warga pendidik lain dan pelajar melalui group collection, serta banyak lagi. Semua ini adalah bergantung kepada kreativiti guru dan pelajar.
Anyway kalau you all dah tonton video dan masih samar-samar tentang maklumat yang disampaikan.
You all boleh klik jer "here" untuk baca maklumat yang disampaikan dalam video tu.